Dapatkan Kereta Sewa Murah Di Aplikasi Car Sharing

Memilih kereta sewa adalah perkara yang sangat rumit jika anda belum pernah ada pilihan yang tepat dan memuaskan dalam mendapatkan kereta sewa terbaik di Malaysia.  Oleh yang demikian, ramai yang memilih untuk menggunakan alternatif lain selain dari kereta sewa. Sebagai contoh, grab dan uber adalah kereta yang mudah anda dapatkan di mana-mana sahaja anda berada.  Dengan teknologi berasaskan aplikasi yang boleh dilayari oleh semua pengguna telefon bimbit Android, sistem sewa kereta atau servis memandu untuk anda boleh didapatkan dengan cepat dan mudah.

Terdapat banyak kelebihan dan kelemahan memilih perkhidmatan kereta sewa atau kereta pandu untuk anda.  Mungkin anda inginkan kereta untuk dibawa ke destinasi percutian atau urusan anda, mungkin juga anda inginkan pemandu untuk membawa anda ke tempat anda inginkan bagi mempercepatkan urusan anda juga lebih mahir memandu di tempat orang berbanding anda. Pilihan kereta seperti uber dan grab bukanlah pilihan yang tepat jika anda perlu ke tempat yang jaraknya lebih tinggi dan mengambil masa yang lama. Adalah lebih baik anda menyewa kereta sewa pandu sendiri, namun kereta sewa beserta pemandunya dapat meringankan beban anda tetapi adakah kereta sewa begitu yang ditawarkan dengan harga yang murah?

Aplikasi Car Sharing Untuk Kereta Sewa Murah

Jika trivago merupakan aplikasi bagi anda membandingkan harga hotel yang terendah di seluruh Malaysia, aplikasi car sharing pula merupakan medium bagi mendapatkan kereta sewa murah di seluruh Malaysia.  Banyak kereta sewa yang ditawarkan di pasaran dan mengikut harga standard untuk setiap perkhidmatan kereta sewa, tetapi tahukah anda bahawa kereta sewa murah boleh anda dapatkan dari aplikasi car sharing yang mesra pengguna dan mempunyai pelbagai kebaikan buat anda?

Salah satu aplikasi car sharing untuk kereta sewa murah yang boleh anda gunakan adalah aplikasi Nak Move Car Sharing.  Kereta sewa murah dan berkualiti yang boleh anda dapatkan daripada aplikasi ini adalah kereta kegunaan harian mereka yang tawarkan servis sewa murah kepada anda melalui nakmove.com.  Perkongsian kereta yang disebut sebagai car sharing memberikan anda peluang untuk melanggan kereta yang sama untuk beberapa kerap yang anda mahukan. Ia akan lebih mudah, senang, murah dan selesa untuk kepentingan anda.  Namun begitu, terdapat banyak jenis kereta yang boleh anda pilih untuk digunakan.

NakMove Car Sharing | Kereta Perkongsian Pertama di Malaysia

Nak Move Car Sharing adalah kereta kongsi pertama di Malaysia yang ditawarkan oleh syarikat Klezcar.  Klezcar menawarkan perkhidmatan kereta sewa serta kereta kongsi untuk memudahkan perjalanan anda disamping menjimatkan kos dan tambang perjalanan anda.  Dengan adanya aplikasi Nakmove Car Sharing dari syarikat kereta sewa bumiputera ini, anda bukan sahaja dapat bergerak ke destinasi anda dengan mudah dan murah, tetapi anda juga boleh merancang kewangan anda dengan lebih stabil dan menguntungkan.

Konsep Dan Cara Car Sharing Berfungsi

Car sharing nakmove boleh anda dapatkan dengan mudah dan cepat melalui sistem nakmove.com.  Nakmove.com adalah sistem online mudah untuk anda tempah kereta sewa atau car sharing pada kadar harga yang murah dan berpatutan berbanding kereta sewa yang lain.  Terdapat banyak kelebihan car sharing nakmove yang boleh anda alami.

Paling penting untuk anda ketahui adalah cara dan konsep Nakmove Car Sharing.  Pertama sekali, anda boleh memilih mana-mana kereta yang anda mahukan dan tetapkan tempat, tarikh dan masa untuk anda dapatkan kereta kongsi car sharing Nakmove.  Reservation atau tempahan Nakmove car Sharing boleh anda buat di nakmove.com.  Kemudian, setelah tamat buat tempahan secara online, anda boleh terus datang ke tempat yang ditetapkan untuk mendapatkan car sharing yang anda mahukan. Jangan lupa untuk hantar semula car sharing anda di lokasi penghantaran yang telah ditetapkan di sistem.  Mudah kan konsep dan cara car sharing nakmove berfungsi?

Jenis Kereta Nakmove Car Sharing Yang Ditawarkan

Aplikasi car sharing nakmove untuk kereta sewa murah yang boleh anda dapatkan terdiri daripada banyak jenis kereta car sharing iaitu dari kereta biasa sehinggalah kereta mewah.  Ia amat sesuai untuk semua orang dan semua kegunaan anda yang memerlukan pelbagai jenis car sharing yang sesuai.  Disini disertakan jenis dan koleksi kereta yang boleh anda dapatkan melalui aplikasi dan sistem car sharing nakmove.com

  • Perodua Myvi
  • Perodua Axia
  • Proton Iriz
  • Perodua Bezza
  • Toyota Vellfire
  • Perodua Alza
  • Perodua Viva
  • Proton Saga
  • Toyota Vios
  • Toyota Hiance
  • Proton Exora
  • Honda City
  • Hyundai Starex
  • Honda Odyssey
  • Toyota Estima
  • Toyota Alphard

Jenis kereta kompak seperti myvi, axia dan lain-lain lagi amat sesuai untuk anda yang inginkan bajet rendah dan ingin menaiki dalam kelompok individu dan kumpulan yang kecil. Berbeza dengan jenis kereta mewah, anda boleh menaiki kereta mewah dalam beberapa orang penumpang yang lebih ramai berbanding kereta kompak. Kereta mewah yang juga terdiri daripada jenis kereta MPV bersaiz besar seperti Toyota Vellfire, Hyundai Starex dan sebagainya lagi sesuai untuk kegunaan anda yang lebih ramai dan juga mempunyai muatan barangan yang sangat banyak.

Kelebihan Menggunakan Car Sharing Nakmove

Berikutan aduan kereta sewa mahal dan tidak berkualiti yang sering terjadi, kini anda tidak perlu risau lagi kerana Nakmove Car Charing bukan calang-calang perkhidmatan kereta kongsi untuk anda gunakan.  Nakmove Car Sharing sangat berkualiti dan berbaloi dari segi penggunaan untuk tempoh masa yang pendek mahupun panjang.  Terdapat banyak kelebihan menggunakan car sharing nakmove yang patut anda tahu.

1. Tawaran Harga Car Sharing Nakmove Lebih Murah

Kereta kongsi yang anda dapatkan dari nakmove car sharing lebih rendah harganya berbanding kereta sewa yang lain. Kadar sewa 30% lebih jimat dan murah ini membantu masyarakat dan tidak membebankan mereka sama sekali. Pastinya anda juga ingin lebih jimat dan berbaloi dalam membuat pilihan kereta kongsi untuk anda dapatkan.

2. Car Sharing Nakmove di Mana-mana Sahaja

Anda boleh dapatkan car sharing nakmove di mana-mana sahaja anda berada sama ada ketika berada di bandar atau sewaktu anda di kampung anda dan sebagainya. Seperti yang diketahui umum, perkhidmatan nakmove car sharing amat menyeluruh dan anda boleh melihat di laman web mereka untuk lokasi pengambilan kereta setelah membuat tempahan.

3. Hanya Guna Car Sharing Nakmove Bila Perlu

Anda boleh menggunakan car sharing nakmove untuk keperluan anda dan tidak semestinya anda wajib menyewa kereta kongsi ini seharian. Mungkin anda mahu menggunakannya separuh hari atau dalam tempoh-tempoh yang tertentu sahaja. Kelebihan car sharing nakmove yang memudahkan anda ini menjadikan anda boleh menggunakannya juga ketika berlakunya kecemasan dan sebagainya.

4. Tidak Perlu Beli Kereta

Sekiranya anda mempunyai urusan yang menyebabkan anda perlu gunakan kereta, anda boleh menggunakan car sharing nakmove dan tidak wajib membeli kereta. Anda boleh menggunakan car sharing nakmove pada masa yang anda perlukan malah dapat mengelakkan diri daripada komitmen pinjaman kereta dan lain-lain lagi.

5. Tempahan Car Sharing Nakmove Online Mudah

Car sharing Nakmove boleh anda lakukan dengan mudah tanpa perlu keluar rumah untuk pergi menempah bersama mereka.  Anda boleh membuat tempahan car sharing Nakmove secara online sahaja dengan mengisi borang dan pada tarikh ditetapkan, anda boleh terus mengambil kereta. Anda akan lebih jimatkan tenaga dan tambang untuk keluar ke sana menempah dan kemudian ke sana lagi untuk mengambil kereta.

6. Pasukan Kecemasan Car Sharing Nakmove

Car sharing Nakmove menyediakan pasukan keselamatan untuk membantu anda menyelesaikan masalah kereta rosak atau apa-apa yang berlaku kepada kereta kongsi sepanjang tempoh sewaan anda.  Anda tidak perlu risau untuk mencari mechanik dan kedai baiki kereta yang lain tetapi pasukan keselamatan nakmove akan membantu anda selama 24 jam bagi menyelesaikan masalah anda.

7. Mengikut Bajet Anda Mahukan

Ada orang yang prinsipnya takkan sesekali menyewa kereta sewa kerana mindsetnya kereta sewa amat mahal, sebenarnya, car sharing nakmove adalah kereta kongsi yang mengikut bajet anda dan anda berhak memilih serta membuat keputusan berdasarkan harga kereta dan bajet anda terlebih dahulu sebelum menempahnya.

Aplikasi Nakmove Car Sharing di Google Store

Bagi semua pengguna android mahupun pengguna iphone, anda boleh memuat turun aplikasi Nakmove car sharing yang telah lama berada di Google Store. Selepas memuat turun aplikasi tersebut, anda boleh terus mendaftar untuk menggunakan aplikasi tersebut.  Semua orang layak untuk mendaftar dan mendapatkan aplikasi Nakmove Car Sharing secara percuma dan tanpa perlu bayar apapun.  Nakmove car sharing tidak memerlukan anda untuk membayar yuran tahunan, yuran pendaftaran dan juga deposit untuk sewa kereta.

Dengan menggunakan aplikasi car sharing Nakmove, anda tidak perlu bimbang jika tiada internet yang kuat untuk masuk ke laman web nakmove car sharing dan untuk membuat tempahan kereta kongsi dari laman web. Anda boleh terus gunakan aplikasi Nakmove car sharing bagi mendapatkan kereta sewa atau kereta kongsi anda. Masa dan tenaga dapat dijimatkan kerana tidak perlu ke Nakmove car sharing semata-mata untuk menempah. Dengan arus sistem berteknologi ini, urusan anda akan berjalan lebih cepat dan mudah.

Jom Tempah Kereta Bersama Nakmove Car Sharing

Kereta sewa murah untuk dikongsikan bersama anda tanpa perlu mengeluarkan kos yang tinggi dan ianya memudahkan anda mendapat perjalanan yang lancar dan selesa adalah car sharing Nakmove.  Car sharing Nakmove adalah satu-satunya kereta sewa murah yang boleh anda dapatkan di seluruh Malaysia dengan kepelbagaian jenis kereta yang berkualiti, cantik dan bersih. Jom tempah car sharing nakmove sekarang!

Buat Duit Dengan Nakmove Car Sharing

Anda juga boleh menjana pendapatan sampingan bersama Nakmove Car Sharing dimana anda boleh menyewakan kereta anda kepada pelanggan dari Nakmove Car Sharing. Namun, anda perlu pastikan kereta anda berada dalam keadaan baik dan perlu mendaftar terlebih dahulu di Nakmove Car Sharing sebelum meneruskan prosedur yang lain.  Sambil mencari-cari kereta kongsi murah untuk dinaiki, anda juga berkongsi peluang untuk menjana pendapatan bersama Nakmove Car Sharing. Mana tahu ada ahli keluarga, adik, abang atau rakan-rakan yang ingin buat duit bersama Nakmove Car Sharing!

———————————————————————————————————————————————————————————————-

Jika anda berminat untuk menempah kereta melalui Car Sharing ini, boleh menekan gambar click here di bawah.

 

Untuk mereka yang ingin menyertai program Car Sharing bagi menambah pendapatan harian, boleh menekan gambar register di bawah.

 

Nombor Telefon :
011-15374447

Alamat HQ NAKMOVE :
Terminal Bersepadu Selatan,
57100 Kuala Lumpur.

Email :
enquiry@nakmove.com

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *