6 Tips Buat Duit Dengan Kereta | Kereta Sewa Semenanjung Malaysia

Nak buat duit dengan cara mudah dan senang tanpa perlu keluarkan modal yang banyak dan besar membolehkan anda cuba menjana pendapatan dengan barang-barang yang anda miliki sekarang.  Amat sukar jika anda ingin menjual barang-barang yang ada, baju prelove atau bundle dan lain-lain lagi barang kerana ia belum tentu ada pembeli melainkan anda mempunyai ramai sasaran atau bakal pembeli.

Apa kata anda gunakan kereta anda untuk buat duit? Sekurang-kurangnya, bukan anda sahaja perlu mengeluarkan kos selenggara kereta anda, duit minyak dan sebagainya, tetapi kereta anda juga mampu menghasilkan duit buat anda semula.  Berbaloi kan?

Kata orang, ‘Nak seribu daya, tak nak seribu dalih’. Anda juga perlu berusaha untuk menjana pendapatan dan buat duit dengan kereta anda sahaja. Jom lihat 6 tips buat duit dengan kereta anda!

1.    Jadi Runner Kereta | Servis Hantar Barang, Makanan, Dokumen

Pertama sekali, anda boleh buat duit dengan kereta secara mudah pada bila-bila masa hanya dengan menjadi runner kereta yang menawarkan servis atau perkhidmatan hantar barang dan makanan.  Sudah pasti barang-barang yang tidak muat dibawa menggunakan motor, boleh anda bawa dengan kereta. Malah, ramai peniaga yang tercari-cari runner kereta untuk menggunakan servis menghantar banyak barang dan lebih selamat daripada panas, hujan serta barang rosak.  Secara umumnya, bayaran upah untuk runner kereta lebih mahal berbanding runner motosikal.

Selain itu, anda juga boleh membuat perkhidmatan membeli barang atau makanan dan hantar kepada pelanggan di rumah. Perkhidmatan ini juga popular dengan nama ‘ Servis beli dan hantar barang’ kepada anda.  Selalunya, pelanggan menggunakan perkhidmatan ini untuk membeli barang di farmasi, kedai makan, melakukan urusan di pejabat post dan sebagainya.

2.  Sewakan Sendiri Kereta Anda

Anda boleh sewakan kereta anda kepada kenalan, saudara mara, jiran tetangga dan juga orang luar. Namun, anda harus mengambil salinan ic atau dokumen penting mereka supaya tidak berlaku apa-apa penipuan seperti kehilangan kereta dan lain-lain lagi. Menyewakan kereta secara sendirian adalah sama konsep dengan meminjamkan kepada mereka, bezanya adalah sewa kereta memberikan anda keuntungan, bayaran yang anda terima haruslah standard bayaran untuk zaman sekarang.

Sekiranya anda ingin bergerak sendiri dengan menyewakan kereta anda, pastikan kereta anda diselenggara sepenuhnya dengan baik dan anda menguar-uarkan kepada orang ramai untuk mendapatkan pelanggan yang berkualiti dan berpotensi.  Kadar harga yang anda letakkan haruslah setimpal dengan perkhidmatan kereta sewa yang lain.

3.  Pajakkan Kereta Anda Dengan Syarikat Kereta Sewa

Anda boleh buat duit dengan cara pajakkan kereta anda di mana-mana syarikat kereta sewa. Syarikat kereta sewa akan menguruskan semua urusan berkaitan penyewaan kereta anda dan pemberian komisen untuk anda. Namun, anda harus berwaspada dengan syarikat kereta sewa yang anda pilih bagi mengelakkan daripada tertipu oleh syarikat yang tidak bertanggungjawab dan mempunyai syarat-syarat yang diragui.  Mungkin anda boleh tanya pada kawan-kawan atau kenalan untuk mengetahui syarikat kereta sewa terbaik di Malaysia yang boleh anda sertai untuk pajak kereta anda.

Anda boleh memajakkan kereta anda sekiranya anda mempunyai lebihan kenderaan untuk digunakan. Jadi, tidaklah anda bergantung harap untuk gunakan satu kereta sahaja yang telah anda pajakkan. Satu kereta khas untuk dipajakkan boleh dijadikan aset anda untuk buat duit tambahan.

4.  Servis Atau Perkhidmatan Grab

Mungkin anda boleh gunakan kereta anda untuk dijadikan grab bagi penumpang-penumpang lain.  Grab, uber atau teksi adalah perkhidmatan membawa penumpang ke destinasi mereka dengan kadar harga yang berpandukan jarak dari segi meter.  Namun, tips buat duit dengan kereta ini memakan sedikit masa anda untuk anda mempromosikan servis anda kepada ramai orang.

Anda juga boleh terus gunakan aplikasi seperti grab dan sebagainya tetapi masalah yang melanda adalah tidak semua kereta sesuai dan diterima grab untuk perkhidmatan ini. Malah, anda juga terpaksa memandu membawa penumpang ke destinasi mereka. Anda juga perlu mengeluarkan tenaga dan meluangkan masa jika menggunakan cara ini.

5.  Kongsi Kereta Anda Dengan NakMove Car Sharing

Anda juga boleh buat duit dengan kongsikan kereta anda bersama NakMove Car Sharing yang merupakan sebuah syarikat perkhidmatan kereta kongsi nombor 1 di Malaysia.  NakMove Car Sharing membuka peluang mudah untuk anda berkongsi kereta dan mendapat keuntungan serta pendapatan mudah dengan cara sewa kereta anda kepada pelanggan NakMove Car Sharing.

Tahukah anda, sesiapa sahaja pun boleh menyertai NakMove Car Sharing bagi menjana pendapatan sama ada pelajar, pekerja ataupun anda seorang penganggur yang mempunyai kereta.  NakMove Car Sharing menyediakan segala-galanya dan menjaga kereta anda dalam memberi perkhidmatan yang selesa dan berbaloi kepada pelanggan.

Anda tidak perlu meninggalkan kereta anda terlalu lama atau memajakkannya, tetapi hanya berkongsi atau memberi sewa kepada pelanggan yang mendapatkan kereta di aplikasi NakMove car sharing pada tempoh tempahan yang mereka inginkan. NakMove car sharing boleh mereka tempah melalui aplikasi dari Playstore dan juga dari laman website.

Kelebihan Menyertai NakMove Car Sharing

1.    Syarikat Car Sharing Terbaik di Malaysia

NakMove Car Sharing adalah syarikat car sharing terbaik di Malaysia dan sangat dipercayai ramai. Banyak pengguna kereta kongsi dari NakMove Car Sharing telah melahirkan pelbagai rasa puas hati dan amat suka akan syarikat NakMove Car Sharing.  Untuk pengetahuan anda juga, NakMove Car Sharing adalah anak syarikat kepada Syarikat Kereta Sewa Klezcar yang sangat popular di Malaysia.

2.  NakMove Car Sharing Berpengalaman Tinggi

Selain syarikat kereta kongsi yang penuh dengan kejujuran dan telus, Nakmove Car Sharing juga merupakan sebuah syarikat kereta kongsi yang berpengalaman tinggi lebih dari 5 tahun, manakala mereka berpaksi dibawah syarikat kereta sewa Klezcar yang berpengalaman lebih dari 10 tahun.  Pengalaman menjadikan syarikat kereta kongsi ini sentiasa maju dan konsisten dalam kejayaan.

3.  Membuat Duit Dan Menjana Pendapatan Setiap Bulan

Sejak ada platform NakMove Car Sharing ini, ramai pelajar dan pekerja tidak lagi runsing mencari kerja sampingan atau pendapatan lebih di luar sana kerana NakMove Car Sharing membolehkan anda menjana pendapatan setiap bulan dengan mudah. Lepas ni, senanglah nak dapat duit poket, hanya kongsikan kereta anda dengan NakMove car sharing sahaja dan anda tidak perlu risau kerana kereta anda akan selamat disewa dan digunakan oleh pelanggan.

4.  Jimat Masa Dan Tenaga Bersama NakMove Car Sharing

Buat duit dengan berkongsi kereta bersama NakMove Car Sharing ini menjimatkan masa dan tenaga anda kerana anda tidak perlu bekerja selama beberapa jam, anda cuma perlu sewakan atau kongsikan kereta anda sahaja untuk kegunaan pelanggan. NakMove car sharing akan memastikan semua urusan kongsi kereta anda berjalan dengan lancar dan teratur.

5.  Sistem Online Tempahan Dan Pengurusan Mudah Dan Efektif

NakMove car sharing turut mempunyai sistem secara online yang berkesan, sistematik dan efektif.  Sistem online tempahan dan sistem pengurusan ini memudahkan semua urusan pelanggan untuk menempah dan juga anda untuk menyemak segala kehendak pelanggan dalam berkongsi kereta anda untuk kegunaan mereka.  Platform online ini telah terbukti mudah, efektif dan amat senang untuk dilakukan oleh semua orang.

6.  Tak Perlu Cari Pelanggan Tetapi Dapat Pelanggan Berkualiti

Buat duit dengan NakMove Car Sharing tak perlukan anda mencari pelanggan sendiri kerana ramai yang sudah mengenali NakMove car sharing dan anda boleh mendapatkan pelanggan melalui sistem NakMove, malah pelanggan anda adalah pelanggan yang berkualiti.  NakMove car sharing mempunyai satu sistem yang dapat menyekat semua pelanggan terdahulu mereka yang telah disenarai hitamkan iaitu mereka yang mempunyai masalah mengikuti perjanjian atau panduan tempahan yang betul untuk dilakukan.

7.  Tiada Peraturan Yang Membebankan Untuk Tempahan Atau Jana Pendapatan

Menempah atau menjana pendapatan dengan NakMove Car Sharing adalah sangat mudah tanpa peraturan yang membebankan anda. Anda cuma perlu mendaftar di sistem yang mereka sediakan dan mengikut langkah-langkah panduan yang mereka nyatakan. Pelanggan juga akan suka menempah di NakMove car sharing kerana sistem tempahannya sangat mesra pengguna, mudah dan senang tanpa perlu mengikut prosedur yang panjang dan rumit.

8.  Keselamatan Dan Kebersihan Kereta Terjamin

Mungkin ini adalah persoalan yang mengganggu minda anda bukan? Jangan risau, dengan berkongsi kereta anda di NakMove car sharing, keselamatan dan kebersihan kereta anda juga terjamin.  NakMove car sharing sentiasa memastikan pelanggan menggunakan kenderaan yang disewa dengan cermat dan hemah untuk kebaikan semua. Kualiti kereta setelah digunakan juga dititik beratkan. Pendek kata, masalah keselamatan, kebersihan dan kualiti kereta yang tidak memuaskan tidak pernah berlaku dalam kawalan NakMove car sharing.

Buat Duit Segera Dengan Kongsikan Kereta Anda di NakMove Car Sharing

Cara Mudah Menyertai NakMove Car Sharing Sebagai Owner Kereta

1.    Daftar di NakMove.com

Pendaftaran wajib di buat di laman web nakmove.com bagi menjadi owner kereta kongsi dan berkongsi kereta anda bagi menjana pendapatan sampingan.  Anda boleh ikuti langkah-langkah pendaftaran seperti mengisi email dan sebagainya.

2.  Log Masuk ke NakMove.com

Sebelum meneruskan penyertaan sebagai owner kereta kongsi NakMove car sharing, anda perlu login masuk ke nakmove.com terlebih dahulu dengan mengisi email dan password yang telah anda daftarkan.

3.  Isi Maklumat Kereta Dan Muat Naik Dokumen Berkaitan

Maklumat berkaitan kereta wajib anda isikan seperti no. plat kereta, tahun kereta, jenama kereta dan lain-lain lagi. Anda juga wajib sertakan beberapa dokumen tambahan yang mudah sebagai rujukan atau sokongan. Kemudian, pihak NakMove akan mengesahkan dan meluluskan penyertaan anda sebagai owner kereta NakMove Car Sharing.

4.  Tentukan Kadar Harga Kereta Anda Untuk Disewa

Anda boleh tentukan kadar harga kereta anda untuk disewakan secara jam, harian, mingguan dan juga bulanan.  Sekiranya anda ingin melihat contoh kadar harga yang sesuai dan boleh anda anggarkan, anda boleh rujuk kadar harga kereta sewa di sini https://klezcar.com/ratesearch.php.

5. Tentukan Pengambilan Dan Penghantaran Kereta Sewa

Sekiranya pelanggan sudah ada dan menempah kereta anda di sistem, anda boleh mula berkongsi kereta dan membuat sewaan kereta anda kepada mereka. Tempat, lokasi dan masa pengambilan kereta boleh anda uruskan dan lihat di sistem nakmove car sharing yang disediakan.

Jom daftar di NakMove.com!

———————————————————————————————————————————————————————————————-

Jika anda berminat untuk menempah kereta melalui Car Sharing ini, boleh menekan gambar click here di bawah.

Untuk mereka yang ingin menyertai program Car Sharing bagi menambah pendapatan harian, boleh menekan gambar register di bawah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *