Perbezaan Car Sharing Dan Kereta Sewa Biasa

Ramai yang tertanya-tanya, kenapa car sharing menjadi pilihan berbanding kereta sewa biasa yang selalu kita gunakan? Zaman teknologi telah membawa perubahan yang besar termasuklah dalam dunia perkhidmatan dan servis kereta sewa serta kereta kongsi yang anda perlukan.  Antara perubahan ketara yang boleh anda lihat adalah kereta sewa kini telah dipelopori dan dikalahkan oleh sistem kereta kongsi yang dikenali sebagai car sharing.

Sistem Car Sharing Dan Kereta Sewa

Car sharing merupakan sejenis perkhidmatan sewa kereta atau berkongsi kereta bersama pemilik kereta yang ingin sewakan kereta mereka pada kadar harga yang sangat berpatutan mengikut tempoh tertentu tanpa prosedur yang banyak dan rumit.  Perkhidmatan ini boleh jadi diuruskan oleh individu tertentu ataupun syarikat car sharing yang dihasilkan khas untuk memberi khidmat sewa kereta kepada orang awam di Malaysia.

Kereta sewa pula seringkali diuruskan oleh segelintir individu atau syarikat kereta sewa yang berdaftar dan mempunyai prosedur yang lebih ketat untuk sewakan kereta mereka bagi kegunaan anda. Kadar harga untuk kereta sewa juga ditetapkan mengikut kadar harga kereta sewa semasa.

Kedua-duanya nampak begitu mudah dan senang jika menggunakan perkhidmatan car sharing mahupun kereta sewa. Namun, terdapat beberapa perbezaan yang ketara dari segi penggunaan kereta, pemanduan dan kualiti kereta, sistem tempahan kedua-dua jenis kereta serta lain-lain lagi faktor.  Jom kita lihat satu demi satu perbezaan antara car sharing dan juga kereta sewa.

Perbezaan Car Sharing Dan Kereta Sewa Biasa Dari Pelbagai Aspek

Terdapat 7 jenis aspek yang perlu anda beri perhatian dan ketujuh-tujuh aspek ini merupakan perbezaan antara car sharing serta kereta sewa biasa yang mungkin pernah anda sewa sebelum ini.

 

#1 Kadar Harga Dan Pembayaran

Kadar harga dan pembayaran untuk kos sewa car sharing adalah 30% lebih rendah berbanding dengan kos kereta sewa biasa.  Kadar harga yang sangat berbaloi dan berpatutan ini menaikkan permintaan car sharing dalam kalangan pengguna kereta sewa dan juga mereka yang seringkali menggunakan perkhidmatan uber, grab dan sebagainya. Adalah lebih baik memandu dan memiliki kereta kongsi untuk kegunaan sendiri sementara daripada membayar kos tambang mengikut kilometer dan sebagainya.  Zaman ekonomi yang mencabar ini memerlukan anda membuat keputusan yang bijak dan sempurna!

 

#2 Tempat Pengambilan dan penghantaran Kereta

Car sharing membolehkan anda mengambil atau menghantar kereta ke lokasi atau daerah berhampiran anda tanpa perlu ke kedai kereta sewa yang jauh semata-mata untuk mendapatkan atau menghantar kereta.  Berbeza dengan kereta sewa, masih banyak lagi perkhidmatan kereta sewa yang memerlukan anda ke kedai kereta untuk menempah, mengambil dan menghantar semula kereta pada tempoh masa yang ditetapkan. Kini, car sharing cukup menjimatkan masa dan tenaga anda daripada ke tempat yang lebih jauh dari lokasi anda.

 

#3 Masa Pengambilan dan Penghantaran Kereta

Jangan risau sekiranya anda perlu mengambil kereta pada waktu siang atau tengah malam. Asalkan anda telah memberitahu tentang masa pengambilan kereta kongsi kepada pemilik kereta tersebut, anda boleh mendapatkan car sharing pada bila-bila masa yang anda perlukan tanpa mengira waktu.  Tidak hairanlah ramai yang lebih selesa menggunakan perkhidmatan car sharing berbanding dengan sewa kereta kerana waktu pengambilan dan penghantaran kereta juga amat fleksibel.

#4 Jenis Kereta Yang Ditawarkan

Terdapat banyak jenis kereta yang ditawarkan oleh car sharing dan juga kereta sewa.  Bezanya bukan sahaja dari segi kualiti, malah jenis kereta yang sesuai dengan kegunaan anda dan orang sekeliling juga menjadi asas utama dalam pemilihan kereta yang patut anda lihat.  Mungkin beberapa jenis kereta yang menjadi perhatian anda tidak ada di mana-mana kedai kereta sewa tetapi mungkin boleh anda dapatkan di aplikasi car sharing? Selalunya, pemilik car sharing mempunyai pelbagai jenis kereta yang lama, antik, besar serta terpakai untuk disewakan kepada anda melalui aplikasi car sharing. Oleh itu, anda wajib lihat jenis-jenis kereta yang mereka tawarkan.

 

#5 Cara Sewa Atau Tempah Kereta Yang Diperlukan

Kereta sewa boleh ditempah secara online ataupun walk in tetapi yang menjadi pilihan ramai adalah dengan cara membuat tempahan dari telefon atau sosial media.  Ramai pengguna sudah bijak membuat pilihan dari segi menjimatkan masa tidak perlu ke kedai kereta sewa lagi untuk menempah kereta.  Begitu juga dengan car sharing yang merupakan salah satu aplikasi boleh anda dapatkan pada bila-bila masa dengan mudah, pantas dan cepat.  Ramai pengguna kereta sewa telah beralih ke aplikasi car sharing untuk lebih mudah mendapatkan kereta bagi kegunaan mereka. Wah, ini adalah sesuatu yang menarik untuk anda cuba sekiranya belum pernah cuba menempah kereta dari aplikasi car sharing!

 

#6 Kualiti Kereta Yang Ingin Ditempah

Siapa kata kualiti kereta sewa dan car sharing adalah sama baik? Tidak juga. Ia bergantung kepada jenis kereta yang disewakan oleh syarikat-syarikat kereta sewa dan juga aplikasi car sharing yang terlibat.  Anda sendiri mungkin boleh mengagak mana satu jenis kereta yang lebih baru, cantik dan berkualiti untuk anda guna bagi memudahkan urusan perjalanan anda.  Dengan melihat maklumat lanjut mengenai kereta, gambar dan sebagainya, tidak mustahil anda tidak dapat memilih kereta yang benar-benar berkualiti dan tidak mempunyai masalah teknikal dan keseluruhan berkaitan kereta.  Pemilik kereta sewa lebih ramai yang sewakan kereta baru atau kereta yang jarang mereka gunai untuk disewakan kepada anda.  Sudah pasti ia telah diselenggara dengan baik untuk kegunaan umum.

#7 Waktu Atau Tempoh Kegunaan Kereta Bagi Pihak Anda

Anda boleh mendapatkan kereta sewa dalam tempoh kegunaan anda selama sehari, seminggu atau sebulan dan bayaran dibayar berdasarkan tempoh masa yang anda gunakan.  Namun, car sharing menawarkan tempoh masa yang lebih menjimat dan menguntungkan anda iaitu serendah beberapa jam sahaja.  Amat sesuai untuk anda menggunakan perkhidmatan car sharing sekiranya anda ingin menggunakan kereta secara berulang-ulang dan dengan lebih kerap.  Anda boleh bayar lebih rendah berbanding harga biasa dan tidak terikat untuk menyewa kereta dalam tempoh masa yang lama atau cukup-cukup sehari.

NakMove Car Sharing | Car Sharing Di Seluruh Malaysia

NakMove Car Sharing adalah sebuah syarikat kereta kongsi atau car sharing yang menawarkan perkhidmatan kereta sewa untuk kegunaan anda berkonsepkan kereta kongsi.  NakMove car sharing beroperasi di seluruh Malaysia dan boleh didapatkan di seluruh semenanjung Malaysia juga di Sabah dan Sarawak.  Aplikasi NakMove car sharing boleh anda dapatkan di laman website ataupun Google Playstore bagi memudahkan anda mencari kereta idaman untuk kegunaan anda.  Jom lihat konsep kereta NakMove Car Sharing.

 

Jenis Kereta NakMove Car Sharing

Anda boleh memilih pelbagai jenis kereta untuk kegunaan anda mengikut situasi serta berapa orang penumpang kereta anda.  Mungkin anda akan pergi bercuti bersama keluarga atau rakan-rakan, kereta yang diperlukan boleh jadi kereta yang lebih besar iaitu MPV ataupun kereta jenis sedan.  Pelbagai jenis kereta boleh anda dapatkan di NakMove Car Sharing dengan mudah.

 

Cara Penggunaan NakMove Car Sharing

NakMove Car Sharing boleh digunakan dengan mudah dan berbeza daripada sewa kereta biasa kerana ia tidak mempunyai kunci kereta fizikal.  Anda tidak perlu risau jika berlaku kehilangan, kecurian dan sebagainya.  Anda boleh menghidup dan mematikan kereta menggunakan aplikasi sahaja, mudah kan?  NakMove car sharing juga telah disediakan GPS tracker untuk melihat lokasi kereta berada dan mudah untuk mendapatkannya.

Cara Tempahan NakMove Car Sharing

NakMove car sharing boleh di tempah dengan mudah secara online sahaja melalui laman sesawang atau aplikasi di Aps Store.  Anda boleh muat turun sahaja aplikasi NakMove Car Sharing dan boleh gunakannya pada bila-bila masa yang anda ingin membuat tempahan.  Buat tempahan awal memudahkan semua perkara berjalan lancar dan anda boleh merancang untuk membuat pengambilan kereta di lokasi yang berhampiran dengan anda.  Selain itu, anda juga boleh memilih apa sahaja kereta yang anda mahukan serta boleh terus mengambil kereta tersebut pada hari yang telah anda tetapkan.

Cara Jana Pendapatan Bersama NakMove Car

Anda boleh menjana pendapatan bersama NakMove Car Sharing dengan cara menjadi owner kereta atau menyewakan kereta anda melalui aplikasi NakMove Car Sharing untuk kegunaan anda semua.  Menjana pendapatan bersama NakMove Car Sharing membolehkan anda mempunyai pendapatan sampingan ataupun pasif sambil bekerja.  Sambil menggunakan perkhidmatan car sharing NakMove, anda boleh belajar menyediakan kereta yang berkualiti, cantik dan baru untuk dijadikan kereta kongsi untuk pengguna NakMove Car Sharing.

Kelebihan Menggunakan NakMove Car Sharing

 

NakMove Car Sharing Mudah Didapatkan Bila-Bila Masa

Anda boleh mendapatkan perkhidmatan car sharing NakMove dengan mudah, senang tanpa masalah sistem atau kereta.  Dengan sistem online yang mudah, kereta kongsi Nakmove boleh didapatkan pada bila-bila masa sahaja.

 

NakMove Car Sharing Boleh Didapatkan Di Mana Sahaja

Anda boleh mendapatkan kereta kongsi daripada NakMove Car Sharing di mana sahaja anda berada, sama ada di kampung atau di bandar, aplikasi NakMove Car Sharing telah menyediakan beberapa kereta kongsi untuk pilihan anda dengan kadar harga yang rendah.

NakMove Car Sharing Sangat Murah Dan Berpatutan

Kereta NakMove car sharing boleh anda dapatkan dalam kadar yang murah dan sangat berpatutan berbanding kereta sewa biasa.  Anda boleh menggunakan kereta NakMove mengikut tempoh jam, harian dan juga mingguan. Semakin lama anda gunakannya, semakin murah dan tinggi potongan harga yang anda terima. Jimat kan?

 

NakMove Car sharing Kereta Berkualiti Dan Servis Terbaik

NakMove Car Sharing menyediakan kereta berkualiti dari segi teknikal, enjin, sistem pemanduan dan lain-lain lagi. Kereta yang disediakan juga amat berjenama dan popular dalam kalangan rakyat Malaysia.  Servis yang diberikan oleh pemilik kereta NakMove Car Sharing serta penyewa kereta adalah terbaik dan sangat mengagumkan.

NakMove Car Sharing Sesuai Untuk Semua

Kereta jenis biasa sehingga kereta mewah atau MPV juga terkandung dalam senarai pilihan kereta di NakMove Car Sharing.  Dengan pelbagai jenis pilihan kereta, anda boleh menikmati perjalanan anda bersama keluarga dan rakan-rakan dengan selesa dan sesuai dengan situasa anda semua.  Untuk percutian yang melibatkan keluarga besar, anda boleh menggunakan kereta MPV dan tidak perlukan 2 atau 3 jenis kereta lagi.

———————————————————————————————————————————————————————————————-

Jika anda berminat untuk menempah kereta melalui Car Sharing ini, boleh menekan gambar click here di bawah.

Untuk mereka yang ingin menyertai program Car Sharing bagi menambah pendapatan harian, boleh menekan gambar register di bawah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *