6 Tips Buat Duit Dengan Kereta | Kereta Sewa Semenanjung Malaysia

Nak buat duit dengan cara mudah dan senang tanpa perlu keluarkan modal yang banyak dan besar membolehkan anda cuba menjana pendapatan dengan barang-barang yang anda miliki sekarang.  Amat sukar jika anda ingin menjual barang-barang yang ada, baju prelove atau bundle dan lain-lain lagi barang kerana ia belum tentu ada pembeli melainkan anda mempunyai ramai sasaran atau bakal pembeli.

Apa kata anda gunakan kereta anda untuk buat duit? Sekurang-kurangnya, bukan anda sahaja perlu mengeluarkan kos selenggara kereta anda, duit minyak dan sebagainya, tetapi kereta anda juga mampu menghasilkan duit buat anda semula.  Berbaloi kan?

Kata orang, ‘Nak seribu daya, tak nak seribu dalih’. Anda juga perlu berusaha untuk menjana pendapatan dan buat duit dengan kereta anda sahaja. Jom lihat 6 tips buat duit dengan kereta anda!

1.    Jadi Runner Kereta | Servis Hantar Barang, Makanan, Dokumen

Pertama sekali, anda boleh buat duit dengan kereta secara mudah pada bila-bila masa hanya dengan menjadi runner kereta yang menawarkan servis atau perkhidmatan hantar barang dan makanan.  Sudah pasti barang-barang yang tidak muat dibawa menggunakan motor, boleh anda bawa dengan kereta. Malah, ramai peniaga yang tercari-cari runner kereta untuk menggunakan servis menghantar banyak barang dan lebih selamat daripada panas, hujan serta barang rosak.  Secara umumnya, bayaran upah untuk runner kereta lebih mahal berbanding runner motosikal.

Selain itu, anda juga boleh membuat perkhidmatan membeli barang atau makanan dan hantar kepada pelanggan di rumah. Perkhidmatan ini juga popular dengan nama ‘ Servis beli dan hantar barang’ kepada anda.  Selalunya, pelanggan menggunakan perkhidmatan ini untuk membeli barang di farmasi, kedai makan, melakukan urusan di pejabat post dan sebagainya.

2.  Sewakan Sendiri Kereta Anda

Anda boleh sewakan kereta anda kepada kenalan, saudara mara, jiran tetangga dan juga orang luar. Namun, anda harus mengambil salinan ic atau dokumen penting mereka supaya tidak berlaku apa-apa penipuan seperti kehilangan kereta dan lain-lain lagi. Menyewakan kereta secara sendirian adalah sama konsep dengan meminjamkan kepada mereka, bezanya adalah sewa kereta memberikan anda keuntungan, bayaran yang anda terima haruslah standard bayaran untuk zaman sekarang.

Sekiranya anda ingin bergerak sendiri dengan menyewakan kereta anda, pastikan kereta anda diselenggara sepenuhnya dengan baik dan anda menguar-uarkan kepada orang ramai untuk mendapatkan pelanggan yang berkualiti dan berpotensi.  Kadar harga yang anda letakkan haruslah setimpal dengan perkhidmatan kereta sewa yang lain.

3.  Pajakkan Kereta Anda Dengan Syarikat Kereta Sewa

Anda boleh buat duit dengan cara pajakkan kereta anda di mana-mana syarikat kereta sewa. Syarikat kereta sewa akan menguruskan semua urusan berkaitan penyewaan kereta anda dan pemberian komisen untuk anda. Namun, anda harus berwaspada dengan syarikat kereta sewa yang anda pilih bagi mengelakkan daripada tertipu oleh syarikat yang tidak bertanggungjawab dan mempunyai syarat-syarat yang diragui.  Mungkin anda boleh tanya pada kawan-kawan atau kenalan untuk mengetahui syarikat kereta sewa terbaik di Malaysia yang boleh anda sertai untuk pajak kereta anda.

Anda boleh memajakkan kereta anda sekiranya anda mempunyai lebihan kenderaan untuk digunakan. Jadi, tidaklah anda bergantung harap untuk gunakan satu kereta sahaja yang telah anda pajakkan. Satu kereta khas untuk dipajakkan boleh dijadikan aset anda untuk buat duit tambahan.

4.  Servis Atau Perkhidmatan Grab

Mungkin anda boleh gunakan kereta anda untuk dijadikan grab bagi penumpang-penumpang lain.  Grab, uber atau teksi adalah perkhidmatan membawa penumpang ke destinasi mereka dengan kadar harga yang berpandukan jarak dari segi meter.  Namun, tips buat duit dengan kereta ini memakan sedikit masa anda untuk anda mempromosikan servis anda kepada ramai orang.

Anda juga boleh terus gunakan aplikasi seperti grab dan sebagainya tetapi masalah yang melanda adalah tidak semua kereta sesuai dan diterima grab untuk perkhidmatan ini. Malah, anda juga terpaksa memandu membawa penumpang ke destinasi mereka. Anda juga perlu mengeluarkan tenaga dan meluangkan masa jika menggunakan cara ini.

5.  Kongsi Kereta Anda Dengan NakMove Car Sharing

Anda juga boleh buat duit dengan kongsikan kereta anda bersama NakMove Car Sharing yang merupakan sebuah syarikat perkhidmatan kereta kongsi nombor 1 di Malaysia.  NakMove Car Sharing membuka peluang mudah untuk anda berkongsi kereta dan mendapat keuntungan serta pendapatan mudah dengan cara sewa kereta anda kepada pelanggan NakMove Car Sharing.

Tahukah anda, sesiapa sahaja pun boleh menyertai NakMove Car Sharing bagi menjana pendapatan sama ada pelajar, pekerja ataupun anda seorang penganggur yang mempunyai kereta.  NakMove Car Sharing menyediakan segala-galanya dan menjaga kereta anda dalam memberi perkhidmatan yang selesa dan berbaloi kepada pelanggan.

Anda tidak perlu meninggalkan kereta anda terlalu lama atau memajakkannya, tetapi hanya berkongsi atau memberi sewa kepada pelanggan yang mendapatkan kereta di aplikasi NakMove car sharing pada tempoh tempahan yang mereka inginkan. NakMove car sharing boleh mereka tempah melalui aplikasi dari Playstore dan juga dari laman website.

Kelebihan Menyertai NakMove Car Sharing

1.    Syarikat Car Sharing Terbaik di Malaysia

NakMove Car Sharing adalah syarikat car sharing terbaik di Malaysia dan sangat dipercayai ramai. Banyak pengguna kereta kongsi dari NakMove Car Sharing telah melahirkan pelbagai rasa puas hati dan amat suka akan syarikat NakMove Car Sharing.  Untuk pengetahuan anda juga, NakMove Car Sharing adalah anak syarikat kepada Syarikat Kereta Sewa Klezcar yang sangat popular di Malaysia.

2.  NakMove Car Sharing Berpengalaman Tinggi

Selain syarikat kereta kongsi yang penuh dengan kejujuran dan telus, Nakmove Car Sharing juga merupakan sebuah syarikat kereta kongsi yang berpengalaman tinggi lebih dari 5 tahun, manakala mereka berpaksi dibawah syarikat kereta sewa Klezcar yang berpengalaman lebih dari 10 tahun.  Pengalaman menjadikan syarikat kereta kongsi ini sentiasa maju dan konsisten dalam kejayaan.

3.  Membuat Duit Dan Menjana Pendapatan Setiap Bulan

Sejak ada platform NakMove Car Sharing ini, ramai pelajar dan pekerja tidak lagi runsing mencari kerja sampingan atau pendapatan lebih di luar sana kerana NakMove Car Sharing membolehkan anda menjana pendapatan setiap bulan dengan mudah. Lepas ni, senanglah nak dapat duit poket, hanya kongsikan kereta anda dengan NakMove car sharing sahaja dan anda tidak perlu risau kerana kereta anda akan selamat disewa dan digunakan oleh pelanggan.

4.  Jimat Masa Dan Tenaga Bersama NakMove Car Sharing

Buat duit dengan berkongsi kereta bersama NakMove Car Sharing ini menjimatkan masa dan tenaga anda kerana anda tidak perlu bekerja selama beberapa jam, anda cuma perlu sewakan atau kongsikan kereta anda sahaja untuk kegunaan pelanggan. NakMove car sharing akan memastikan semua urusan kongsi kereta anda berjalan dengan lancar dan teratur.

5.  Sistem Online Tempahan Dan Pengurusan Mudah Dan Efektif

NakMove car sharing turut mempunyai sistem secara online yang berkesan, sistematik dan efektif.  Sistem online tempahan dan sistem pengurusan ini memudahkan semua urusan pelanggan untuk menempah dan juga anda untuk menyemak segala kehendak pelanggan dalam berkongsi kereta anda untuk kegunaan mereka.  Platform online ini telah terbukti mudah, efektif dan amat senang untuk dilakukan oleh semua orang.

6.  Tak Perlu Cari Pelanggan Tetapi Dapat Pelanggan Berkualiti

Buat duit dengan NakMove Car Sharing tak perlukan anda mencari pelanggan sendiri kerana ramai yang sudah mengenali NakMove car sharing dan anda boleh mendapatkan pelanggan melalui sistem NakMove, malah pelanggan anda adalah pelanggan yang berkualiti.  NakMove car sharing mempunyai satu sistem yang dapat menyekat semua pelanggan terdahulu mereka yang telah disenarai hitamkan iaitu mereka yang mempunyai masalah mengikuti perjanjian atau panduan tempahan yang betul untuk dilakukan.

7.  Tiada Peraturan Yang Membebankan Untuk Tempahan Atau Jana Pendapatan

Menempah atau menjana pendapatan dengan NakMove Car Sharing adalah sangat mudah tanpa peraturan yang membebankan anda. Anda cuma perlu mendaftar di sistem yang mereka sediakan dan mengikut langkah-langkah panduan yang mereka nyatakan. Pelanggan juga akan suka menempah di NakMove car sharing kerana sistem tempahannya sangat mesra pengguna, mudah dan senang tanpa perlu mengikut prosedur yang panjang dan rumit.

8.  Keselamatan Dan Kebersihan Kereta Terjamin

Mungkin ini adalah persoalan yang mengganggu minda anda bukan? Jangan risau, dengan berkongsi kereta anda di NakMove car sharing, keselamatan dan kebersihan kereta anda juga terjamin.  NakMove car sharing sentiasa memastikan pelanggan menggunakan kenderaan yang disewa dengan cermat dan hemah untuk kebaikan semua. Kualiti kereta setelah digunakan juga dititik beratkan. Pendek kata, masalah keselamatan, kebersihan dan kualiti kereta yang tidak memuaskan tidak pernah berlaku dalam kawalan NakMove car sharing.

Buat Duit Segera Dengan Kongsikan Kereta Anda di NakMove Car Sharing

Cara Mudah Menyertai NakMove Car Sharing Sebagai Owner Kereta

1.    Daftar di NakMove.com

Pendaftaran wajib di buat di laman web nakmove.com bagi menjadi owner kereta kongsi dan berkongsi kereta anda bagi menjana pendapatan sampingan.  Anda boleh ikuti langkah-langkah pendaftaran seperti mengisi email dan sebagainya.

2.  Log Masuk ke NakMove.com

Sebelum meneruskan penyertaan sebagai owner kereta kongsi NakMove car sharing, anda perlu login masuk ke nakmove.com terlebih dahulu dengan mengisi email dan password yang telah anda daftarkan.

3.  Isi Maklumat Kereta Dan Muat Naik Dokumen Berkaitan

Maklumat berkaitan kereta wajib anda isikan seperti no. plat kereta, tahun kereta, jenama kereta dan lain-lain lagi. Anda juga wajib sertakan beberapa dokumen tambahan yang mudah sebagai rujukan atau sokongan. Kemudian, pihak NakMove akan mengesahkan dan meluluskan penyertaan anda sebagai owner kereta NakMove Car Sharing.

4.  Tentukan Kadar Harga Kereta Anda Untuk Disewa

Anda boleh tentukan kadar harga kereta anda untuk disewakan secara jam, harian, mingguan dan juga bulanan.  Sekiranya anda ingin melihat contoh kadar harga yang sesuai dan boleh anda anggarkan, anda boleh rujuk kadar harga kereta sewa di sini https://klezcar.com/ratesearch.php.

5. Tentukan Pengambilan Dan Penghantaran Kereta Sewa

Sekiranya pelanggan sudah ada dan menempah kereta anda di sistem, anda boleh mula berkongsi kereta dan membuat sewaan kereta anda kepada mereka. Tempat, lokasi dan masa pengambilan kereta boleh anda uruskan dan lihat di sistem nakmove car sharing yang disediakan.

Jom daftar di NakMove.com!

———————————————————————————————————————————————————————————————-

Jika anda berminat untuk menempah kereta melalui Car Sharing ini, boleh menekan gambar click here di bawah.

Untuk mereka yang ingin menyertai program Car Sharing bagi menambah pendapatan harian, boleh menekan gambar register di bawah.

Perbezaan Car Sharing Dan Kereta Sewa Biasa

Ramai yang tertanya-tanya, kenapa car sharing menjadi pilihan berbanding kereta sewa biasa yang selalu kita gunakan? Zaman teknologi telah membawa perubahan yang besar termasuklah dalam dunia perkhidmatan dan servis kereta sewa serta kereta kongsi yang anda perlukan.  Antara perubahan ketara yang boleh anda lihat adalah kereta sewa kini telah dipelopori dan dikalahkan oleh sistem kereta kongsi yang dikenali sebagai car sharing.

Sistem Car Sharing Dan Kereta Sewa

Car sharing merupakan sejenis perkhidmatan sewa kereta atau berkongsi kereta bersama pemilik kereta yang ingin sewakan kereta mereka pada kadar harga yang sangat berpatutan mengikut tempoh tertentu tanpa prosedur yang banyak dan rumit.  Perkhidmatan ini boleh jadi diuruskan oleh individu tertentu ataupun syarikat car sharing yang dihasilkan khas untuk memberi khidmat sewa kereta kepada orang awam di Malaysia.

Kereta sewa pula seringkali diuruskan oleh segelintir individu atau syarikat kereta sewa yang berdaftar dan mempunyai prosedur yang lebih ketat untuk sewakan kereta mereka bagi kegunaan anda. Kadar harga untuk kereta sewa juga ditetapkan mengikut kadar harga kereta sewa semasa.

Kedua-duanya nampak begitu mudah dan senang jika menggunakan perkhidmatan car sharing mahupun kereta sewa. Namun, terdapat beberapa perbezaan yang ketara dari segi penggunaan kereta, pemanduan dan kualiti kereta, sistem tempahan kedua-dua jenis kereta serta lain-lain lagi faktor.  Jom kita lihat satu demi satu perbezaan antara car sharing dan juga kereta sewa.

Perbezaan Car Sharing Dan Kereta Sewa Biasa Dari Pelbagai Aspek

Terdapat 7 jenis aspek yang perlu anda beri perhatian dan ketujuh-tujuh aspek ini merupakan perbezaan antara car sharing serta kereta sewa biasa yang mungkin pernah anda sewa sebelum ini.

 

#1 Kadar Harga Dan Pembayaran

Kadar harga dan pembayaran untuk kos sewa car sharing adalah 30% lebih rendah berbanding dengan kos kereta sewa biasa.  Kadar harga yang sangat berbaloi dan berpatutan ini menaikkan permintaan car sharing dalam kalangan pengguna kereta sewa dan juga mereka yang seringkali menggunakan perkhidmatan uber, grab dan sebagainya. Adalah lebih baik memandu dan memiliki kereta kongsi untuk kegunaan sendiri sementara daripada membayar kos tambang mengikut kilometer dan sebagainya.  Zaman ekonomi yang mencabar ini memerlukan anda membuat keputusan yang bijak dan sempurna!

 

#2 Tempat Pengambilan dan penghantaran Kereta

Car sharing membolehkan anda mengambil atau menghantar kereta ke lokasi atau daerah berhampiran anda tanpa perlu ke kedai kereta sewa yang jauh semata-mata untuk mendapatkan atau menghantar kereta.  Berbeza dengan kereta sewa, masih banyak lagi perkhidmatan kereta sewa yang memerlukan anda ke kedai kereta untuk menempah, mengambil dan menghantar semula kereta pada tempoh masa yang ditetapkan. Kini, car sharing cukup menjimatkan masa dan tenaga anda daripada ke tempat yang lebih jauh dari lokasi anda.

 

#3 Masa Pengambilan dan Penghantaran Kereta

Jangan risau sekiranya anda perlu mengambil kereta pada waktu siang atau tengah malam. Asalkan anda telah memberitahu tentang masa pengambilan kereta kongsi kepada pemilik kereta tersebut, anda boleh mendapatkan car sharing pada bila-bila masa yang anda perlukan tanpa mengira waktu.  Tidak hairanlah ramai yang lebih selesa menggunakan perkhidmatan car sharing berbanding dengan sewa kereta kerana waktu pengambilan dan penghantaran kereta juga amat fleksibel.

#4 Jenis Kereta Yang Ditawarkan

Terdapat banyak jenis kereta yang ditawarkan oleh car sharing dan juga kereta sewa.  Bezanya bukan sahaja dari segi kualiti, malah jenis kereta yang sesuai dengan kegunaan anda dan orang sekeliling juga menjadi asas utama dalam pemilihan kereta yang patut anda lihat.  Mungkin beberapa jenis kereta yang menjadi perhatian anda tidak ada di mana-mana kedai kereta sewa tetapi mungkin boleh anda dapatkan di aplikasi car sharing? Selalunya, pemilik car sharing mempunyai pelbagai jenis kereta yang lama, antik, besar serta terpakai untuk disewakan kepada anda melalui aplikasi car sharing. Oleh itu, anda wajib lihat jenis-jenis kereta yang mereka tawarkan.

 

#5 Cara Sewa Atau Tempah Kereta Yang Diperlukan

Kereta sewa boleh ditempah secara online ataupun walk in tetapi yang menjadi pilihan ramai adalah dengan cara membuat tempahan dari telefon atau sosial media.  Ramai pengguna sudah bijak membuat pilihan dari segi menjimatkan masa tidak perlu ke kedai kereta sewa lagi untuk menempah kereta.  Begitu juga dengan car sharing yang merupakan salah satu aplikasi boleh anda dapatkan pada bila-bila masa dengan mudah, pantas dan cepat.  Ramai pengguna kereta sewa telah beralih ke aplikasi car sharing untuk lebih mudah mendapatkan kereta bagi kegunaan mereka. Wah, ini adalah sesuatu yang menarik untuk anda cuba sekiranya belum pernah cuba menempah kereta dari aplikasi car sharing!

 

#6 Kualiti Kereta Yang Ingin Ditempah

Siapa kata kualiti kereta sewa dan car sharing adalah sama baik? Tidak juga. Ia bergantung kepada jenis kereta yang disewakan oleh syarikat-syarikat kereta sewa dan juga aplikasi car sharing yang terlibat.  Anda sendiri mungkin boleh mengagak mana satu jenis kereta yang lebih baru, cantik dan berkualiti untuk anda guna bagi memudahkan urusan perjalanan anda.  Dengan melihat maklumat lanjut mengenai kereta, gambar dan sebagainya, tidak mustahil anda tidak dapat memilih kereta yang benar-benar berkualiti dan tidak mempunyai masalah teknikal dan keseluruhan berkaitan kereta.  Pemilik kereta sewa lebih ramai yang sewakan kereta baru atau kereta yang jarang mereka gunai untuk disewakan kepada anda.  Sudah pasti ia telah diselenggara dengan baik untuk kegunaan umum.

#7 Waktu Atau Tempoh Kegunaan Kereta Bagi Pihak Anda

Anda boleh mendapatkan kereta sewa dalam tempoh kegunaan anda selama sehari, seminggu atau sebulan dan bayaran dibayar berdasarkan tempoh masa yang anda gunakan.  Namun, car sharing menawarkan tempoh masa yang lebih menjimat dan menguntungkan anda iaitu serendah beberapa jam sahaja.  Amat sesuai untuk anda menggunakan perkhidmatan car sharing sekiranya anda ingin menggunakan kereta secara berulang-ulang dan dengan lebih kerap.  Anda boleh bayar lebih rendah berbanding harga biasa dan tidak terikat untuk menyewa kereta dalam tempoh masa yang lama atau cukup-cukup sehari.

NakMove Car Sharing | Car Sharing Di Seluruh Malaysia

NakMove Car Sharing adalah sebuah syarikat kereta kongsi atau car sharing yang menawarkan perkhidmatan kereta sewa untuk kegunaan anda berkonsepkan kereta kongsi.  NakMove car sharing beroperasi di seluruh Malaysia dan boleh didapatkan di seluruh semenanjung Malaysia juga di Sabah dan Sarawak.  Aplikasi NakMove car sharing boleh anda dapatkan di laman website ataupun Google Playstore bagi memudahkan anda mencari kereta idaman untuk kegunaan anda.  Jom lihat konsep kereta NakMove Car Sharing.

 

Jenis Kereta NakMove Car Sharing

Anda boleh memilih pelbagai jenis kereta untuk kegunaan anda mengikut situasi serta berapa orang penumpang kereta anda.  Mungkin anda akan pergi bercuti bersama keluarga atau rakan-rakan, kereta yang diperlukan boleh jadi kereta yang lebih besar iaitu MPV ataupun kereta jenis sedan.  Pelbagai jenis kereta boleh anda dapatkan di NakMove Car Sharing dengan mudah.

 

Cara Penggunaan NakMove Car Sharing

NakMove Car Sharing boleh digunakan dengan mudah dan berbeza daripada sewa kereta biasa kerana ia tidak mempunyai kunci kereta fizikal.  Anda tidak perlu risau jika berlaku kehilangan, kecurian dan sebagainya.  Anda boleh menghidup dan mematikan kereta menggunakan aplikasi sahaja, mudah kan?  NakMove car sharing juga telah disediakan GPS tracker untuk melihat lokasi kereta berada dan mudah untuk mendapatkannya.

Cara Tempahan NakMove Car Sharing

NakMove car sharing boleh di tempah dengan mudah secara online sahaja melalui laman sesawang atau aplikasi di Aps Store.  Anda boleh muat turun sahaja aplikasi NakMove Car Sharing dan boleh gunakannya pada bila-bila masa yang anda ingin membuat tempahan.  Buat tempahan awal memudahkan semua perkara berjalan lancar dan anda boleh merancang untuk membuat pengambilan kereta di lokasi yang berhampiran dengan anda.  Selain itu, anda juga boleh memilih apa sahaja kereta yang anda mahukan serta boleh terus mengambil kereta tersebut pada hari yang telah anda tetapkan.

Cara Jana Pendapatan Bersama NakMove Car

Anda boleh menjana pendapatan bersama NakMove Car Sharing dengan cara menjadi owner kereta atau menyewakan kereta anda melalui aplikasi NakMove Car Sharing untuk kegunaan anda semua.  Menjana pendapatan bersama NakMove Car Sharing membolehkan anda mempunyai pendapatan sampingan ataupun pasif sambil bekerja.  Sambil menggunakan perkhidmatan car sharing NakMove, anda boleh belajar menyediakan kereta yang berkualiti, cantik dan baru untuk dijadikan kereta kongsi untuk pengguna NakMove Car Sharing.

Kelebihan Menggunakan NakMove Car Sharing

 

NakMove Car Sharing Mudah Didapatkan Bila-Bila Masa

Anda boleh mendapatkan perkhidmatan car sharing NakMove dengan mudah, senang tanpa masalah sistem atau kereta.  Dengan sistem online yang mudah, kereta kongsi Nakmove boleh didapatkan pada bila-bila masa sahaja.

 

NakMove Car Sharing Boleh Didapatkan Di Mana Sahaja

Anda boleh mendapatkan kereta kongsi daripada NakMove Car Sharing di mana sahaja anda berada, sama ada di kampung atau di bandar, aplikasi NakMove Car Sharing telah menyediakan beberapa kereta kongsi untuk pilihan anda dengan kadar harga yang rendah.

NakMove Car Sharing Sangat Murah Dan Berpatutan

Kereta NakMove car sharing boleh anda dapatkan dalam kadar yang murah dan sangat berpatutan berbanding kereta sewa biasa.  Anda boleh menggunakan kereta NakMove mengikut tempoh jam, harian dan juga mingguan. Semakin lama anda gunakannya, semakin murah dan tinggi potongan harga yang anda terima. Jimat kan?

 

NakMove Car sharing Kereta Berkualiti Dan Servis Terbaik

NakMove Car Sharing menyediakan kereta berkualiti dari segi teknikal, enjin, sistem pemanduan dan lain-lain lagi. Kereta yang disediakan juga amat berjenama dan popular dalam kalangan rakyat Malaysia.  Servis yang diberikan oleh pemilik kereta NakMove Car Sharing serta penyewa kereta adalah terbaik dan sangat mengagumkan.

NakMove Car Sharing Sesuai Untuk Semua

Kereta jenis biasa sehingga kereta mewah atau MPV juga terkandung dalam senarai pilihan kereta di NakMove Car Sharing.  Dengan pelbagai jenis pilihan kereta, anda boleh menikmati perjalanan anda bersama keluarga dan rakan-rakan dengan selesa dan sesuai dengan situasa anda semua.  Untuk percutian yang melibatkan keluarga besar, anda boleh menggunakan kereta MPV dan tidak perlukan 2 atau 3 jenis kereta lagi.

———————————————————————————————————————————————————————————————-

Jika anda berminat untuk menempah kereta melalui Car Sharing ini, boleh menekan gambar click here di bawah.

Untuk mereka yang ingin menyertai program Car Sharing bagi menambah pendapatan harian, boleh menekan gambar register di bawah.

Jom Cari Kereta Untuk Di Guna Atau Di Pandu _ NAKMOVE

 

Guna atau pandu sendiri kereta lebih mudah berbanding menaiki teksi, grab dan uber dimana anda akan menjadi penumpang dan mempunyai pemandu yang membawa anda ke mana sahaja yang anda mahukan.  Hampir 90% mereka lebih suka memandu sendiri berbanding mempunyai pemandu kerana ia akan lebih fleksibel, bebas dan mudah untuk perjalanan serta urusan anda. Mempunyai pemandu juga memudahkan anda untuk berehat sementara dalam perjalanan untuk urusan anda.

Sebab Utama Anda Harus Guna Dan Pandu Sendiri Kereta

Mendapat Kebebasan Dan Privasi

Anda boleh menghabiskan masa anda di dalam kereta tanpa adanya suara-suara dan campur tangan orang lain termasuklah pemandu yang mengetahui di mana anda berada, dengan siapa anda berjumpa dan sebagainya.  Adakalanya anda mungkin lebih selesa bergerak ke sana sini tanpa orang menemani anda. Cari kereta untuk diguna atau dipandu sendiri memberikan anda kebebasan dan privasi.

Boleh Bergerak Ke Banyak Tempat

Pasti anda lebih selesa ke mana-mana sahaja tanpa ditemani orang lain tambah-tambah lagi jika anda perlu bergerak ke banyak tempat.  Rasa tidak segan, malu dan tidak rimas pun, malah anda tidak perlu memberitahu kepada sesiapa akan perjalanan anda tetapi boleh bergerak dengan mudah dengan banyak.

Cepat, Pantas Dan Mudah Untuk Urusan Penting

Menaiki kereta sendiri sangat mudah jika anda rushing atau terpaksa menghadapi urusan penting dimana anda boleh bergerak pantas dan cepat. Guna dan pandu sendiri kereta menjimatkan masa anda kerana tidak perlu menunggu pemandu dan sebagainya.

Seat Kereta Yang Terhad

Sama ada anda ingin bercuti atau menghadiri urusan penting yang memerlukan anda membawa keluarga dan kawan-kawan, adalah lebih baik anda mencari kereta untuk diguna atau dipandu sendiri berbanding dengan menyewa kereta yang mempunyai pemandu ataupun menaiki teksi, uber, kongsi kereta dan sebagainya.  Seat kereta cukup untuk anda dan penumpang anda dan ianya terhad.

Jom Cari Kereta Untuk di Guna Atau di Pandu | nakmove.com

Ramai dalam kalangan anda yang mencari kereta untuk diguna atau dipandu bukan? Kadang kala mempunyai lesen kereta tetapi masih belum ada kereta adalah normal terutamanya bagi anda yang merupakan pelajar, graduate, baru bekerja dan belum mempunyai kereta.  Walaupun begitu, anda memerlukan kereta untuk kegunaan anda seperti ke kelas, tempat kerja, menghadiri seminar, temuduga, bercuti, ketika kecemasan dan sebagainya.

Banyak cara cari kereta untuk diguna atau dipandu dengan mudah tambahan pula anda mempunyai lesen kereta dan berpengalaman memandu. Kemungkinan juga kereta anda rosak dan mengambil masa yang lama untuk siap dibaiki membuatkan anda terpaksa mencari kereta untuk diguna atau dipandu buat masa sekarang. Jom lihat kereta yang boleh anda guna dan pandu dengan mudah!

 1.Beli Kereta Baru Atau Kereta Terpakai

Bagi anda yang memerlukan kereta untuk perjalanan jauh, ulang alik ke tempat kerja setiap hari dan kerap perlu memandu kereta, langkah terbaik boleh anda lakukan adalah membeli kereta. Membeli kereta membuatkan anda terpaksa berhutang atau menambah komitmen pinjaman autofinance melainkan anda mampu untuk membeli kereta secara tunai.

 2.Pinjam Kereta Kawan Atau Ibu Bapa

Cari kereta untuk diguna atau dipandu buat sementara waktu membolehkan anda meminjam kereta daripada kawan-kawan atau ibu bapa. Tambahan pula sekiranya anda benar-benar terdesak perlukan kereta untuk hal kecemasan atau apa-apa urusan yang perlukan anda memandu. Jika anda segan, gunakan alternatif seterusnya iaitu kereta sewa.

 3.Dapatkan Kereta Sewa Berdekatan

Kereta sewa untuk dipandu atau diguna boleh anda dapatkan dengan kadar sewa yang murah dan berpatutan.  Tidak semua syarikat kereta sewa menawarkan kereta sewa dengan harga yang mahal, kereta sewa mampu milik tetapi berkualiti juga disediakan oleh syarikat perkhidmatan kereta sewa. Anda harus mencari kereta sewa terbaik dan murah untuk dipandu.

4.Menggunakan Alternatif Kongsi Kereta

Kongsi kereta atau dalam bahasa inggerisnya car sharing lebih sesuai diguna atau dipandu oleh anda yang inginkan kereta mengikut bajet anda, ingin menggunakannya dalam tempoh masa yang lama atau cepat dan memerlukan kereta segera dengan pantas.  Terdapat banyak perkhidmatan kereta sewa dan kongsi kereta buat anda, namun mana satukah pilihan terbaik anda?

Kongsi Kereta nakmove.com

Tahukah anda NakMove adalah syarikat kongsi kereta pertama yang menawarkan perkhidmatan car sharing atau kongsi kereta pertama di Malaysia. Nakmove.com menawarkan pelbagai jenis kereta kongsi untuk anda tempah dan pandu mengikut kegunaan anda. Justeru, anda tidak perlu menyewa kereta dengan syarikat kereta sewa yang mahal diluar sana atau mencari kereta lain lagi.

Platform Dan Aplikasi NakMove Car Sharing

NakMove berbeza dengan kereta sewa di pasaran dengan kadar harga yang berpatutan dan sistem yang mudah. Untuk pengetahuan anda, NakMove merupakan salah satu platform anda boleh membuat duit dengan berkongsi kereta anda sebagai kereta sewa bagi mereka yang memerlukan kereta untuk dipandu.  Anda juga mudah untuk kongsi kereta yang sesuai untuk anda pandu kerana terdapat banyak pilihan untuk anda kongsi kereta yang boleh anda cari di aplikasi NakMove yang boleh dimuat turun di Google Play Store.

Jenis Kereta Di NakMove

NakMove menyediakan pelbagai jenis kereta bagi anda kongsi kereta  termasuklah kereta jenis kompak, sedan, MPV, 4×4, luxury car dan lain-lain lagi.  Perlukan van? Cubalah cari di NakMove.com! Nakmove tidak terhad untuk beberapa jenis kereta kongsi sahaja, malah kereta yang anda idamkan mungkin boleh anda dapatkan di sini dengan mudah.  Kongsi kereta daripada Nakmove juga terdiri daripada pelbagai saiz kereta, warna dan pastinya semua kereta mempunyai kualiti yang terjamin. Antara model kongsi kereta yang ditawarkan di Nakmove adalah Perodua Alza, Proton Iriz, Perodua Axia, Perodua Myvi, Proton Persona dan Perodua Bezza.

Cara Cari Kereta Di NakMove

Cari kereta untuk dipandu di Nakmove tidak pernah mengecewakan pengguna yang memerlukan kereta dalam masa pantas dan segera.  Cari kereta untuk diguna atau dipandu oleh anda di semenanjung Malaysia lebih mudah dengan Nakmove.com kerana sistem tempahan yang dilakukan sangat sistematik dan senang.  Anda perlu menyemak senarai kereta, tarikh dan masa yang sesuai untuk anda tempah bagi mengelakkan berlakunya pertindihan masa dengan pelanggan yang lain.

Laman website nakmove.com lengkap dengan semua maklumat yang perlu anda isikan bagi membuat tempahan.  Inilah cara cari kereta untuk diguna atau dipandu dengan mudah kerana tidak perlukan anda berhutang dan menambah komitmen.  Sebagai satu perkongsian kereta, cari kereta untuk diguna dan dipandu hasil platform NakMove boleh diikuti dengan cara berikut:

1.Tetapkan Lokasi Pengambilan Dan Penghantaran Kereta

Cari kereta untuk diguna atau dipandu di tempat anda inginkan lebih mudah sekiranya anda kongsi kereta tersebut di kawasan yang berdekatan dengan anda. Dengan kongsi kereta, kereta boleh diambil dan dihantar semula di tempat yang anda tetapkan di laman web nakmove.com.  Perkara pertama perlu anda lakukan adalah tetapkan lokasi pengambilan dan penghantaran kereta di laman web nakmove.com.

2.Pilih Kereta Untuk Anda Guna

Seandainya tarikh yang anda inginkan, diluluskan dan tidak ditolak oleh sistem tempahan, anda boleh teruskan dengan memilih jenis kereta kongsi yang anda inginkan. Pemilihan kereta untuk kongsi kereta ini perlu dipilih berdasarkan berapa penumpang yang akan menaiki bersama anda, harga kereta yang ditawarkan dan pelbagai lagi faktor.

3.Isi Maklumat Tempahan

Selesai memilih kereta dan menetapkan maklumat lokasi dan masa, anda perlu isi maklumat tempahan berkaitan butiran diri anda seperti nama, emel, nombor telefon, alamat dan lain-lain lagi. Maklumat diri diperlukan bagi mengelak kejadian yang tidak diingini daripada berlaku ke atas anda.  Kemudian, anda boleh terus tekan ‘Confirm Booking’.

4.Buat Pembayaran Tempahan

Tempahan siap dengan pembayaran akan menerima emel atau maklumat tempahan bagi anda terus untuk kongsi kereta dengan cepat dan mudah.  Pembayaran boleh dibuat secara online dan menghantar bukti pembayaran di ruang yang telah disediakan. Tempahan tanpa pembayaran tidak dikira lengkap dan tidak akan tersimpan di sistem tempahan untuk kongsi kereta.

Kelebihan Kongsi Kereta NakMove

Kongsi kereta NakMove yang diguna atau dipandu selalu ini mempunyai kelebihan dan kebaikan yang perlu anda tahu.  Ramai yang memilih untuk kongsi kereta Nakmove berbanding kereta sewa jenama lain dan pastinya mereka mempunyai sebab yang tersendiri untuk menyukai NakMove.

 

Perkhidmatan Kongsi Kereta Cepat, Pantas Dan Selamat

Tidak diragui lagi, kongsi kereta NakMove memberi perkhidmatan dan servis yang cepat, pantas dan selamat untuk anda. Pada bila-bila masa sahaja mengikut tempahan yang anda lakukan, kongsi kereta dari NakMove ini mudah, cepat dan selamat dipandu oleh anda kerana ia telah diselenggara dengan baik.

 

Kongsi Kereta NakMove Berkualiti, Bersih Dan Wangi

Pasti anda sudah fobia memilih kereta sewa yang akhirnya tidak selesa, kotor dan berbau hapak. Enjin dan sistem pemanduan kereta yang hebat dan berkualiti melancarkan perjalanan anda sama ada pemanduan secara jarak jauh ataupun dekat.  Kongsi kereta dari nakmove juga dijaga dengan rapi, bersih dan wangi oleh pemilik kereta mereka.

 

Kongsi Kereta Seluruh Malaysia

Nakmove menyediakan servis kongsi kereta untuk diguna atau dipandu anda secara menyeluruh iaitu di semenanjung Malaysia juga di Sabah. Kereta untuk diguna atau dipandu oleh anda ini boleh anda dapatkan terus daripada pemilik kereta.  Pemilik kereta akan menguruskan hal servis dan penyelenggaraan kereta.

 

Insurans Kongsi Kereta NakMove Disediakan

Kongsi kereta untuk anda guna dan pandu ini menyediakan insurans atau pelan perlindungan sekiranya berlaku kemalangan yang menyebabkan kematian dan kecacatan.  Insurans untuk anda yang guna atau pandu kereta ini akan diberi sebanyak RM 60,000 manakala insurans bagi pihak penumpang adalah RM 12,000.  Pelan perlindungan ini melindungi anda disamping membantu anda bergerak dengan mudah.

Jom Kongsi Kereta Untuk Diguna Atau Dipandu Bersama NakMove

Kereta untuk diguna atau dipandu dengan mudah, senang dan pantas adalah kereta yang anda kongsi daripada NakMove yang menjimatkan anda serta melancarkan perjalanan anda seharian. Kongsi kereta daripada NakMove juga mendapat pujian ramai pengguna yang berpuas hati dengan perkhidmatan mereka sediakan. Jom dapatkan kereta untuk diguna atau dipandu dengan NakMove.

 

———————————————————————————————————————————————————————————————-

Jika anda berminat untuk menempah kereta melalui Car Sharing ini, boleh menekan gambar click here di bawah.

 

Untuk mereka yang ingin menyertai program Car Sharing bagi menambah pendapatan harian, boleh menekan gambar register di bawah