10 Kelebihan Car Sharing Untuk Kegunaan Anda

 

Car Sharing adalah sejenis perkongsian kereta yang ditawarkan oleh individu atau syarikat car sharing yang terlibat dalam memberi khidmat sewa kereta kongsi untuk kegunaan masyarakat umum.  Car sharing berbeza dengan kereta sewa di mana konsepnya yang berlainan serta kelebihan car sharing dikatakan lebih banyak berbanding kereta sewa diluar sana. Mari kita lihat sedikit perbezaan car sharing dengan kereta sewa yang lain.

Beza Kereta Sewa Dengan Car Sharing

Kereta sewa dikendalikan oleh syarikat kereta sewa yang tertentu pada kadar harga yang telah ditetapkan bersamaan prosedur yang telah dinyatakan dan menjadi garis asas panduan sesebuah syarikat. Kereta kongsi pula adalah car sharing atas budi bicara serta perkongsian kereta yang diberi oleh seseorang kepada anda yang memerlukan kereta dalam tempoh yang kurang dan pada kadar harga yang lebih rendah berbanding kereta sewa.

Pada zaman modenisasi arus teknologi ini, car sharing mendapat tempat dihati pengguna kereta sewa sehingga ramai pengguna kereta sewa kini lebih memilih untuk menggunakan car sharing yang jauh lebih murah, mudah dan senang. Sebenarnya, terdapat banyak kelebihan kereta kongsi atau car sharing yang diperkenalkan untuk semua pengguna kereta sewa awam.

 

Jom Kenal Pasti Kelebihan-kelebihan Menggunakan Car Sharing Berbanding Kereta Sewa.

 

#1  Tempoh Masa Kegunaan Kereta Tanpa Limit / Bila Perlu

Sama ada kereta sewa atau car sharing, tempoh masa sewa yang ditawarkan selalunya adalah secara harian, mingguan dan juga bulanan. Namun tahukah anda, sekiranya anda ingin menggunakan kereta selama beberapa jam, kurang dari 5 jam atau hanya beberapa ketika sahaja, perlukah anda menyewa kereta untuk tempoh sehari? Dengan car sharing, anda boleh menggunakan kereta tanpa had tempoh yang minima atau ia tiada had limit untuk menggunakannya. Mudah kan?

 

#2 Sistem Tempahan Online Mudah, Senang Dan Pantas

Car sharing amat mudah untuk anda dapatkan kerana sistem tempahan kereta yang boleh anda lakukan adalah secara online sahaja dan lebih pantas, mudah dan lebih senang. Mencari kereta sewa secara online juga memudahkan anda, namun sistem tempahan kereta kongsi yang ditawarkan lebih mesra pengguna dan mudah untuk anda dapatkan kereta yang lebih sesuai untuk kegunaan anda.

 

#3  Kadar Harga Yang Lebih Rendah Dan Jimat

Tahukah anda kadar harga bagi car sharing lebih rendah dan jimat berbanding dengan kereta sewa tradisional yang lain? Ia lebih rendah sebanyak 30% kadar harga sewa biasa yang anda dikenakan.  Car sharing yang ditawarkan di Malaysia menawarkan harga yang sangat murah, rendah dan berbaloi untuk semua penumpang yang memerlukan kereta untuk urusan masing-masing seperti ke tempat kerja, bercuti, kecemasan dan sebagainya.

 

#4  Kereta Car Sharing Boleh Didapatkan Di Mana-mana Sahaja

Rangkaian car sharing amat luas berbanding kereta sewa yang boleh anda dapatkan di kedai sewa kereta sahaja. Car sharing membolehkan anda mendapatkannya di mana-mana sahaja tempat dan daerah kerana kebanyakan owner car sharing menawarkan car sharing di kebanyakan tempat dalam satu kawasan atau daerah setiap negeri.  Mudah kan mencari car sharing untuk kegunaan anda? Nak tak nak, sekarang telah ada beberapa aplikasi car sharing untuk pilihan anda dalam mendapatkan car sharing.

 

#5  Pelbagai Jenis Pilihan Car Sharing

Adakah anda mencari kereta yang memuatkan 7 orang penumpang? Atau kereta yang boleh dinaiki oleh beberapa orang sahaja dan bernilai bajet atau kos rendah? Car sharing mempunyai pilihan kereta yang lebih banyak dan sesuai untuk pilihan anda mengikut jenis kegunaan anda.  Barangkali anda memerlukan kereta yang lebih besar untuk meletakkan pelbagai barangan anda, kereta 4X4 atau kereta jenis MPV sesuai untuk anda. Begitu juga sebaliknya.

 

#6 Car Sharing Sentiasa Dalam Keadaan Yang Berkualiti

Car sharing jarang digunapakai oleh pelanggan yang memerlukan perkhidmatan kereta sewa, ia digunapakai setiap kali pengguna kereta memilih kereta tersebut untuk kegunaan mereka setimpal dengan kesesuaian kereta tersebut.  Oleh itu, kebanyakan car sharing sentiasa berada dalam keadaan yang berkualiti dan baik, malah ia sentiasa diselenggara mengikut waktu yang tepat dan tidak mengalami masalah kerosakan.

 

#7  Pemilik Kereta Lebih Ramah Dan Memahami

Car sharing dimiliki oleh mereka yang ingin kongsikan kereta mereka bersama anda untuk kegunaan anda mengikut masa yang anda perlukan.  Tidak semua orang memahami dan membenarkan anda menggunakan kereta mereka, namun pemilik kereta car sharing lebih ramah dan memahami dalam memberi ruang untuk anda menggunakan kereta mereka seperti kereta sewa yang lain.  Car sharing boleh digunakan oleh anda untuk menyelesaikan urusan anda sama ada pergi bercuti, hadir seminar, mesyuarat dan sebagainya dengan mudah.

 

#8  Car Sharing Pada Bila-Bila Masa Sahaja

Anda boleh menggunakan atau mendapatkan perkhidmatan car sharing pada bila-bila masa sahaja tanpa perlu membuat tempahan awal seminggu sebelum atau sebulan sebelum anda inginkan kereta. Anda boleh terus hubungi pemilik car sharing pada bila-bila masa sahaja untuk menempah kereta mereka bagi kegunaan anda.  Sekiranya tiada masalah atau kepentingan lain, anda boleh mendapatkan car sharing tersebut untuk kegunaan anda daripada pemilik car sharing pada bila-bila masa sahaja.

 

#9  Car Sharing Lebih Selesa, Baru Dan Bersih

Car sharing diberi perhatian yang penuh berbanding kereta sewa kerana ia mudah dipantau oleh pemilik kereta masing-masing. Pastinya keadaan car sharing lebih bersih, baru dan selesa untuk kegunaan anda.  Kereta yang berkualiti, cantik dan menarik perhatian para penumpang ini menjadikan car sharing mendapat permintaan ramai pengguna yang ingin lebih selesa dalam menaiki kereta yang berkualiti, seakan-akan baru dan terbaik. Tempat duduk dalam kereta juga lebih empuk, bersih serta selamat daripada sebarang habuk atau radikal bebas yang mengganggu persekitaran dalam kereta tersebut.

 

#10  Tiada Prosedur Dan Peraturan Yang Membebankan

Car sharing amat mudah untuk didapatkan dan dirunding bersama dengan pihak yang menguruskannya.  Ia tiada prosedur dan peraturan ketat yang membebankan, malah semua urusan amat mudah dan senang diuruskan.  Anda boleh mendapatkan car sharing daripada beberapa aplikasi berkenaan atau laman website yang menyediakan car sharing untuk seluruh semenanjung Malaysia dan Sabah Sarawak sekaligus.  Kelebihan car sharing untuk kegunaan anda boleh anda nikmati tanpa sebarang masalah yang melibatkan kereta dan juga proses sewaan kereta tersebut.

Dengan 10 kelebihan car sharing untuk kegunaan anda, anda boleh lupakan semua perkhidmatan kereta sewa untuk anda walk in atau cari secara online.  Kini, aplikasi Nakmove Car Sharing adalah aplikasi car sharing terbaik untuk anda dapatkan untuk kegunaan anda.

 

Nakmove Car Sharing | Car Sharing Untuk Kegunaan Anda

Anda boleh dapatkan car sharing daripada aplikasi NakMove Car Sharing dengan mudah melalui aplikasi di Google Store yang perlu anda download terlebih dahulu.  NakMove Car Sharing adalah sebuah syarikat yang fokus kepada sewaan kereta dari aplikasi bermula dari pelanggan yang terus sewa kereta dari pemilik kereta yang ingin menyewakan kereta mereka kepada pengguna.  NakMove Car Sharing melalui proses yang sangat cepat, mudah dan jauh lebih murah berbanding dengan proses menyewa kereta sewa dari syarikat kereta sewa yang lain.

 

Kadar Bayaran NakMove Car Sharing Lebih Murah Dan Berbaloi

Kadar sewa kereta dari aplikasi NakMove Car Sharing ini amat rendah dan lebih berbaloi daripada kereta sewa biasa di mana anda boleh menyewa kereta secara kerap dan berulang kali. Dengan kereta sewa biasa, kadar kos sewa yang dikenakan adalah mengikut waktu harian, mingguan dan bulanan, manakala car sharing pula boleh dibiayai mengikut kadar tempoh penggunaan sama ada beberapa jam atau harian yang anda ingin gunakannya.  Dari segi pembayaran, ia lebih berbaloi dan murah!

 

Penggunaan Kereta Yang Lebih Strategik, Mudah Dan Selamat

Percaya atau tidak, aplikasi NakMove Car Sharing tidak sama seperti kereta sewa lain yang anda sewakan.  Penggunaan NakMove Car Sharing adalah lebih strategik, mudah dan selamat kerana anda mungkin tidak akan terjebak dalam jenayah atau masalah yang melibatkan hilang kunci kereta, masalah kereta rosak dan sebagainya.  Untuk pengetahuan anda, NakMova Car Sharing tidak menggunakan kunci kereta fizikal dimana kereta akan dibuka dan dihidupkan hanya dengan menggunakan aplikasi sahaja, kereta juga boleh dicari dengan mudah kerana ia telah diletakkan GPS serta boleh digunakan mengikut satu atau dua haluan perjalanan kereta tanpa perlu anda kembalikan ke tempat pengambilan kereta lagi. Segalanya akan diuruskan dengan mudah bagi pihak anda.

 

Boleh Bertukar-tukar Kereta Bagi NakMove Car Sharing

Anda tidak akan bosan dengan penggunaan kereta dari NakMove Car Sharing kerana anda boleh bertukar-tukar jenis kereta untuk setiap kali anda perlu sewa kereta ini.  Mungkin pada pagi hari anda mengambil kereta Perodua Axia, pada petang hari anda mengambil kereta Proton Iriz pula dan begitulah untuk seterusnya.  Kereta boleh bertukar dan berganti selagi anda ingin menggunakan perkhidmatan NakMove Car Sharing untuk urusan pemanduan anda. Seronokkan?  Sekurang-kurangnya aplikasi NakMove Car Sharing ini membuatkan anda lebih bebas memilih kereta idaman yang anda mahukan.

 

Sistem Tempahan Online NakMove Car Sharing Mudah

Sistem tempahan online NakMove Car Sharing sangat mudah dimana anda cuma perlu isikan borang atau maklumat yang diperlukan iaitu tempat atau lokasi yang ingin anda dapatkan serta hantar semula kereta, masa dan juga jenis kereta yang anda inginkan.  Kemudian, anda perlu masukkan maklumat diri anda seperti alamat, tarikh lahir dan sebagainya. Akhir sekali, pembayaran perlu dibuat secara online untuk tempahan disahkan.  Anda akan menerima emel tempahan sebagai pengesahan tempahan kereta telah dilakukan dan boleh dapatkan kereta mengikut tempat dan masa yang telah ditetapkan.

 

Jenis-Jenis Kereta Di NakMove Car Sharing

Anda boleh mendapatkan pelbagai jenis kereta dari aplikasi NakMove Car Sharing iaitu kereta jenis kompak, sedan, MPV, kereta mewah dan lain-lain lagi. Kesemua kereta pilihan anda boleh dipilih berdasarkan kesesuaian perjalanan serta mengikut jumlah penumpang untuk perjalanan atau percutian anda. Jom pilih kereta NakMove Car Sharing di laman web atau aplikasi NakMove Car Sharing segera untuk mendapatkan kereta sewa idaman anda.

 

 

 

———————————————————————————————————————————————————————————————-

Jika anda berminat untuk menempah kereta melalui Car Sharing ini, boleh menekan gambar click here di bawah.

 

Untuk mereka yang ingin menyertai program Car Sharing bagi menambah pendapatan harian, boleh menekan gambar register di bawah.

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *