Car Sharing Vs Car Rental

Mungkin kebanyakkan dari kita pernah menyewa kereta melalui syarikat kereta sewa sama ada telah menjadi pelanggan tetap atau hanya sewaan sekali saja. Jadi pada kali ini saya terangkan perbezaan di antara sewaan kereta dengan syarikat kereta sewa dan sewaan kereta dalam aplikasi melalui NAKMOVE.

Pertama sekali, perbezaan yang ketara yang boleh dirasai apabila menggunakan Car Sharing ialah segala tempahan(reservation), ambilan(pickup) dan hantaran kembali(return) adalah layan sendiri(self-service). Tiada lagi perlu berurusan dengan orang tengah bagi meluluskan sewaan kereta, yang mana menjimatkan masa proses sewaan itu. Ini dijayakan dengan penggunaan aplikasi Car Sharing yang boleh dimuat turun di App Store dan Play Store.

Kedua, program Car Sharing lebih beruntung kepada mereka yang ingin menyewa kereta dalam waktu singkat dan berulang-ulang. Ini memberi lebih kelebihan jika berada di bandar dan mempunyai kemudahan awam(LRT, MRT dan Komuter). Ini kerana Car Sharing boleh disewa mengikut minit, jam atau hari atas kemahuan pelanggan yang mana kebanyakkan syarikat kereta sewa biasa tidak membenarkan sewaan kurang dari 5 jam. Tiada limit masa tempahan kereta diberikan, boleh dilakukan pada waktu pejabat atau luar waktu pejabat(bermaksud boleh melakukan tempahan kereta antara 24 jam sehari).

Antara perbezaan lain yang boleh dilihat seperti tiada penggunaan kunci fizikal(boleh buka dan hidup kereta guna aplikasi saja), boleh mencari kereta dengan map aplikasi( diletakkan gps pada kereta bagi memudahkan mencari kereta), boleh dingunakan untuk satu atau dua haluan perjalanan(tidak perlu hantar ke tempat yang diambil semula) serta boleh bertukar-tukar kereta berlainan jenis mengikut kemahuan pelanggan.

 

———————————————————————————————————————————————————————————————-

Jika anda berminat untuk menempah kereta melalui Car Sharing ini, boleh menekan gambar click here di bawah.

 

Untuk mereka yang ingin menyertai program Car Sharing bagi menambah pendapatan harian, boleh menekan gambar register di bawah

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *