Car Sharing Vs Car Rental

Mungkin kebanyakkan dari kita pernah menyewa kereta melalui syarikat kereta sewa sama ada telah menjadi pelanggan tetap atau hanya sewaan sekali saja. Jadi pada kali ini saya terangkan perbezaan di antara sewaan kereta dengan syarikat kereta sewa dan sewaan kereta dalam aplikasi melalui NAKMOVE.

Pertama sekali, perbezaan yang ketara yang boleh dirasai apabila menggunakan Car Sharing ialah segala tempahan(reservation), ambilan(pickup) dan hantaran kembali(return) adalah layan sendiri(self-service). Tiada lagi perlu berurusan dengan orang tengah bagi meluluskan sewaan kereta, yang mana menjimatkan masa proses sewaan itu. Ini dijayakan dengan penggunaan aplikasi Car Sharing yang boleh dimuat turun di App Store dan Play Store.

Kedua, program Car Sharing lebih beruntung kepada mereka yang ingin menyewa kereta dalam waktu singkat dan berulang-ulang. Ini memberi lebih kelebihan jika berada di bandar dan mempunyai kemudahan awam(LRT, MRT dan Komuter). Ini kerana Car Sharing boleh disewa mengikut minit, jam atau hari atas kemahuan pelanggan yang mana kebanyakkan syarikat kereta sewa biasa tidak membenarkan sewaan kurang dari 5 jam. Tiada limit masa tempahan kereta diberikan, boleh dilakukan pada waktu pejabat atau luar waktu pejabat(bermaksud boleh melakukan tempahan kereta antara 24 jam sehari).

Antara perbezaan lain yang boleh dilihat seperti tiada penggunaan kunci fizikal(boleh buka dan hidup kereta guna aplikasi saja), boleh mencari kereta dengan map aplikasi( diletakkan gps pada kereta bagi memudahkan mencari kereta), boleh dingunakan untuk satu atau dua haluan perjalanan(tidak perlu hantar ke tempat yang diambil semula) serta boleh bertukar-tukar kereta berlainan jenis mengikut kemahuan pelanggan.

 

———————————————————————————————————————————————————————————————-

Jika anda berminat untuk menempah kereta melalui Car Sharing ini, boleh menekan gambar click here di bawah.

 

Untuk mereka yang ingin menyertai program Car Sharing bagi menambah pendapatan harian, boleh menekan gambar register di bawah

 

 

 

Peluang Terbuka Untuk Menyertai Program Car Sharing Ezcar

Kami dari pihak syarikat kereta sewa ingin membuka peluang kepada semua perserta luar untuk mendaftar dalam program ini bagi menjana pendapatan tambahan bulanan. Anda boleh memilih sendiri masa untuk ‘On’ atau ‘Off’ dalam program ‘Car Sharing’ ini, yang mana memberi kebebasan jika memerlukan penggunaan kereta anda.

Kenapa Anda sebagai pemilik kereta perlu mendaftar dengar Car Sharing Ezcar?

  1. Dibawah syarikat yang boleh dipercayai keterlusan dan kejujuran dalam perniagaan.
  2. Dapat menjana pendapatan tambahan setiap bulan apabila memasuki program Car Sharing Ezcar.
  3. Telah terbukti bahawa platform online memudahkan segala sewaan kereta dilakukan berbanding dengan cara tradisional.
  4. Dilengkapi dengan sistem pengurusan yang mudah,efektif dan cepat.
  5. Tidak membenarkan pelanggan dahulu yang telah disenarai hitamkan dalam sistem kami iaitu mereka mempunyai masalah mengikuti perjanjian yang dipersetujui sebelum tempahan dilakukan.
  6. Mempunyai pengalaman dalam bidang sewaan kereta iaitu melebihi 5 tahun.

 

Langkah-langkah untuk memasuki program Car Sharing ini.

  1. Buka akaun anda di website ezcar.com.my. Isikan segala ruang yang disediakan. Muat turun gambar Lesen Memandu dan gambar Kad Pengenalan anda.
  2. Daftarkan kereta anda di website nakmove.com .Gunakan email & password untuk Log in. Isikan ruang kosong  dan muat turun document yang dinyatakan.
  3. Pihak kami akan mengesahkan dan meluluskan permohonan anda(‘verify‘ & ‘approve‘ you application).
  4. Berikan harga sewaan anda. Ya, anda boleh menetapkan sendiri harga sewaan kereta mengikut kesukaan anda.  Boleh membuka website kami jika mengetahui harga biasa dan diskaun yang diberikan.
  5. Memasang GPS FT200( Dingunakan sebagai penjejak kereta dan keselamatan kereta). Boleh hubungi Zainal(019-5516642) untuk sebarang bantuan.
  6. Daftarkan insuran kereta sewa. Boleh juga menghubungi Khairuddin(011-56967696) untuk sebarang bantuan. Kami cadangkan anda mengambil insuran kerana ini untuk penyewa dan pemandu.
  7. Sediakan kereta anda. Pastikan kereta anda berada dalam keadaan yang baik dan selamat untuk dipandu.

 

———————————————————————————————————————————————————————————————-

Jika anda berminat untuk menempah kereta melalui Car Sharing ini, boleh menekan gambar click here di bawah.

 

Untuk mereka yang ingin menyertai program Car Sharing bagi menambah pendapatan harian, boleh menekan gambar register di bawah