Kepentingan Car Sharing Di Malaysia

Kesesakan kenderaan dan pencemaran  yang sentiasa meningkat dari hari ke hari membuatkan kerajaan Malaysia mencari penyelesaian bagi menangani masalah tersebut. Antara program yang dilakukan oleh kerajaan seperti mengalakkan penggunaan pengangkutan awam, perkongsian kereta ketika ke tempat kerja dan program hari tanpa kereta di bandar. Semua ini telah cuba diserapkan dalam minda rakyat Malaysia, tetapi usaha ini terbantut di tengah perjalanan kerana tiada minat rakyat Malaysia bertukar dari lifestyle’ mereka yang dahulu serta tiada kesungguhan dari kerajaan bagi menjayaan program tersebut.

Disini datangnya kepentingan Car Sharing diusahakan oleh Syarikat Kereta Sewa Pandu Sendiri KLEZCAR yang secara langsung dan tidak langsung membantu mengurangkan kesesakan dan pencemaran di Malaysia ini.

Pertama, penggunaan Car Sharing membuatkan anda  tiada lagi keperluan membeli kereta sendiri bagi kemudahan ke sesuatu tempat dituju kerana kebiasaanya apabila anda membayar insuran kereta setiap bulan, semestinya akan menggunakan ia walaupun terdapat pilihan lain ketika itu. Tanpa pemilikan kereta sendiri juga, ia menjimatkan wang poket apabila tidak perlu membayar insuran bulanan, ‘roadtax’ dan ‘maintenance’ kereta mengikut masa yang telah ditetapkan.

Kedua,apabila rakyat Malaysia tidak berminat membeli kereta persendiri, akan menolong serba sebanyakdalam mengurangkan kesesakan di atas jalan raya apabila memilih perkhidmatan Car Sharing  untuk dikongsi bersama rakan sekerja atau rakan  perjalanan ke tempat yang ingin dituju beserta harga yang berpatutan.

Ketiga, mengurangkan pencemaran alam seitar di Malaysia ini terutama di kawasan bandar yang sibuk. Pencemaran udara misalnya, penggunaan kereta Car Sharing akan mengurangkan pencemaran udara yang mana kita tahu kereta akan mengeluarkan asap hitam dari enjin kereta. Melalui program Car Sharing, kita boleh memilih  masa bila ingin gunakan kereta, sama ada bergilir-gilir dengan perkhidmatan awam di bandar. Contohnya , apabila ingin bergerak dari Hentian A ke Hentian D,tidak semestinya perlu terus menggunakan kereta ke Hentian D, tetapi boleh gunakan kemudahan awam dahulu ke Hentian B atau Hentian C jika ada di tempat tersebut dan hanya guna kereta di Hentian B atau Hentian C untuk menuju ke Hentian D apabila tiada kemudahan awam. Kadang-kadang ia lebih menjimatkan masa dari terus menggunakan kereta ke destinasi yang hendak dituju.

Pencemaran bunyi dan pencemaran pemandangan akan berlaku secara automatik bila terdapat banyak kereta atas lebuh raya tidak kira di bandar atau kampung. Ini dikukuhkan dengan bunyi bising hon/enjin kereta dan perletakkan parking kereta di merata tempat  yang bukannya dalam kotak parking yang disediakan. Penggunaan Car Sharing akan mengurangkan permintaan ruang kotak parking beserta tidak perlu bayar duit parking sebagai bonus.

Keempat,penggunaan Car Sharing akan membenarkan pelancong lebih merasai suasana rakyat berbilang kaum serta menghayati permandangan bandar/kampung tidak kira sama ada kepada pelancong luar atau pelancong dalam Malaysia sendiri.Gunakan Car Sharing jika hanya untuk melawat tempat menarik yang tiada kemudahan awam sahaja, seterusnya menjimatkan wang dan masa dari menyewa kereta untuk satu hari .

Penggunaan Car Sharing juga secara langsung membantu mereka yang ingin mencari pendapatan sampingan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Ini kerana program Car Sharing membuka keahlian kepada peserta luar untuk menyertai program ini bagi menambah pendapatan bulanan mereka.

Diharap dengan penerangan yang diberikan dapat menambahkan lagi pengetahuan kita bahawa terdapat kepentingan Car Sharing yang terlepas pandang oleh kita terhadap individu dan kepada Malaysia.

———————————————————————————————————————————————————————————————-

Jika anda berminat untuk menempah kereta melalui Car Sharing ini, boleh menekan gambar click here di bawah.

 

Untuk mereka yang ingin menyertai program Car Sharing bagi menambah pendapatan harian, boleh menekan gambar register di bawah

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *