Kepentingan Car Sharing Di Malaysia

Kesesakan kenderaan dan pencemaran  yang sentiasa meningkat dari hari ke hari membuatkan kerajaan Malaysia mencari penyelesaian bagi menangani masalah tersebut. Antara program yang dilakukan oleh kerajaan seperti mengalakkan penggunaan pengangkutan awam, perkongsian kereta ketika ke tempat kerja dan program hari tanpa kereta di bandar. Semua ini telah cuba diserapkan dalam minda rakyat Malaysia, tetapi usaha ini terbantut di tengah perjalanan kerana tiada minat rakyat Malaysia bertukar dari lifestyle’ mereka yang dahulu serta tiada kesungguhan dari kerajaan bagi menjayaan program tersebut.

Disini datangnya kepentingan Car Sharing diusahakan oleh Syarikat Kereta Sewa Pandu Sendiri KLEZCAR yang secara langsung dan tidak langsung membantu mengurangkan kesesakan dan pencemaran di Malaysia ini.

Pertama, penggunaan Car Sharing membuatkan anda  tiada lagi keperluan membeli kereta sendiri bagi kemudahan ke sesuatu tempat dituju kerana kebiasaanya apabila anda membayar insuran kereta setiap bulan, semestinya akan menggunakan ia walaupun terdapat pilihan lain ketika itu. Tanpa pemilikan kereta sendiri juga, ia menjimatkan wang poket apabila tidak perlu membayar insuran bulanan, ‘roadtax’ dan ‘maintenance’ kereta mengikut masa yang telah ditetapkan.

Kedua,apabila rakyat Malaysia tidak berminat membeli kereta persendiri, akan menolong serba sebanyakdalam mengurangkan kesesakan di atas jalan raya apabila memilih perkhidmatan Car Sharing  untuk dikongsi bersama rakan sekerja atau rakan  perjalanan ke tempat yang ingin dituju beserta harga yang berpatutan.

Ketiga, mengurangkan pencemaran alam seitar di Malaysia ini terutama di kawasan bandar yang sibuk. Pencemaran udara misalnya, penggunaan kereta Car Sharing akan mengurangkan pencemaran udara yang mana kita tahu kereta akan mengeluarkan asap hitam dari enjin kereta. Melalui program Car Sharing, kita boleh memilih  masa bila ingin gunakan kereta, sama ada bergilir-gilir dengan perkhidmatan awam di bandar. Contohnya , apabila ingin bergerak dari Hentian A ke Hentian D,tidak semestinya perlu terus menggunakan kereta ke Hentian D, tetapi boleh gunakan kemudahan awam dahulu ke Hentian B atau Hentian C jika ada di tempat tersebut dan hanya guna kereta di Hentian B atau Hentian C untuk menuju ke Hentian D apabila tiada kemudahan awam. Kadang-kadang ia lebih menjimatkan masa dari terus menggunakan kereta ke destinasi yang hendak dituju.

Pencemaran bunyi dan pencemaran pemandangan akan berlaku secara automatik bila terdapat banyak kereta atas lebuh raya tidak kira di bandar atau kampung. Ini dikukuhkan dengan bunyi bising hon/enjin kereta dan perletakkan parking kereta di merata tempat  yang bukannya dalam kotak parking yang disediakan. Penggunaan Car Sharing akan mengurangkan permintaan ruang kotak parking beserta tidak perlu bayar duit parking sebagai bonus.

Keempat,penggunaan Car Sharing akan membenarkan pelancong lebih merasai suasana rakyat berbilang kaum serta menghayati permandangan bandar/kampung tidak kira sama ada kepada pelancong luar atau pelancong dalam Malaysia sendiri.Gunakan Car Sharing jika hanya untuk melawat tempat menarik yang tiada kemudahan awam sahaja, seterusnya menjimatkan wang dan masa dari menyewa kereta untuk satu hari .

Penggunaan Car Sharing juga secara langsung membantu mereka yang ingin mencari pendapatan sampingan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Ini kerana program Car Sharing membuka keahlian kepada peserta luar untuk menyertai program ini bagi menambah pendapatan bulanan mereka.

Diharap dengan penerangan yang diberikan dapat menambahkan lagi pengetahuan kita bahawa terdapat kepentingan Car Sharing yang terlepas pandang oleh kita terhadap individu dan kepada Malaysia.

———————————————————————————————————————————————————————————————-

Jika anda berminat untuk menempah kereta melalui Car Sharing ini, boleh menekan gambar click here di bawah.

 

Untuk mereka yang ingin menyertai program Car Sharing bagi menambah pendapatan harian, boleh menekan gambar register di bawah

 

 

Apa Itu Car Sharing Ezcar?

NAKMOVE ataupun jika ia ditukar dalam bahasa melayu bermaksud Hendak Bergerak. Ia berfungsi sebagai menyewa kereta bila diperlukan sahaja, di waktu singkat dan berulang kali. Mungkin ini merupakan satu perkara baru di negara ini, tetapi ia telah dingunakan secara meluas di negara luar terutamanya negara maju. Syarikat kami  adalah syarikat bumiputra yang pertama menghasilkan projek NAKMOVE dan ia dilakukan oleh anak jati Malaysia sendiri.

Melalui model ini,banyak kelebihan yang diperoleh oleh penyewa kereta,antaranya;

  1. Dapat melakukan sewaan kereta dengan guna aplikasi sahaja tanpa melalui pekerja kami dahulu, yang mana mengambil masa untuk meluluskan proses sewaan yang dihendaki.
  2. Boleh menyewa dalam waktu singkat iaitu di bawah 5 jam. Banyak syarikat sewaan biasa hanya membenarkan sewaan kereta dalam tempoh minima separuh hari atau sehari sebagai syarat sah sewaan.
  3. Boleh sentiasa bertukar-tukar kereta yang berlainan setiap kali sewaan berikutnya mengikut kemahuan penyewa tanpa perlu membeli kereta tersebut dahulu.
  4. Tanpa menggunakan sebarang kunci fizikal untuk membuka dan menghidupkan enjin,jadi tidak perlu bimbang akan kehilangan kunci semasa menyewa.
  5. Memberi privasi tambahan kepada pemandu dan penumpang agar tidak diperhati oleh orang sekeliling berbanding ketika menggunakan kemudahan awam.
  6. Bebas menetapkan waktu perjalanan dan hentian sesuatu perjalanan itu tanpa terikat dengan mana-mana pihak lain.
  7. Kami mempunyai pasukan yang sentiasa bersiap sedia bagi membantu penyewa kereta jika berlaku sebarang kecemasan berkaitan dengan kereta kami.

Selain dari penerangan kelebihan apabila menyewa kereta melalui Car Sharing ini,kami dari syarikat kereta sewa juga ingin memberi peluang kepada peserta luar yang ingin menyertai dalam projek ini. Peluang penyertaan ini dibuka sehingga permintaan dari pelanggan kami untuk menyewa kereta dapat dipenuhi oleh pihak kami, yang setakat ini kami cuba penuhi dengan menambah kereta kami sendiri dari semasa ke semasa.

Berapa banyak kereta yang anda simpan di hadapan rumah? Dan berapa kerap ia dingunakan dalam satu bulan?

Anggaran peratusan mereka yang memiliki kenderaan paling minima satu kereta selepas pendapatan bulanan melebihi RM 2500.00 amatlah tinggi. Jadi ia bukan perkara ganjil jika dalam satu keluarga mempunyai 2 hingga 3 kereta. Perubahan cuaca Malaysia yang sentiasa tidak menentu dan kemudahan awam yang masih tidak menepati piawaian yang  diharapkan seperti negara maju menjadi faktor kepentingan kereta persendirian dalam sesuatu perkara yang memerlukan kenderaan sebagai alat untuk pergi ke tempat ingin dituju. Pemberian privasi tambahan juga adalah amat penting apabila melakukan aktiviti yang melibatkan sesebuah keluarga.

Tetapi kereta bukanya menjadi pilihan ketika waktu puncak terutama ketika pergi kerja dan balik kerja. Motosikal atau kemudahan awam seperti LRT dan MRT adalah menjadi pilihan untuk dingunakan bagi mengelak kesesakan jalan raya ketika kita sedang sibuk mengejar masa. Ini seterusnya akan meletakkan kereta kita dalam keadaan tersadai di parking rumah, tidak digerakkan sehingga ada yang berminggu-minggu. Ansuran bulanan kereta perlu dibayar setiap bulan tetapi penggunaannya amatlah jarang. Apa kata anda gunakan kenderaan tersebut bagi menambah pendapatan tambahan bulanan dengan menyertai projek NAKMOVE dari syarikat kami. Ia secara tidak langsung mengurangkan kos sara hidup ataupun duit itu boleh dijadikan modal bagi melakukan pelaburan lain.

Projek NAKMOVE adalah pengkongsian kereta kepada mereka yang ingin menyewa kereta dengan hanya menggunakan aplikasi sahaja. Pengunaan aplikasi ini memudahkan penyewaan kereta tanpa berurusan dengan pekerja kami dahulu, tetapi hanya membuka kereta hanya dengan aplikasi sahaja. Ini juga merupakan satu projek pertama dari Syarikat Malaysia yang mana telah dingunakan secara meluas oleh syarikat dari luar negara.

Kami juga membuka pendaftaran kepada mana-mana perniagaan kereta sewa tempatan yang ingin menyertai di platform kami.

Jika anda berminat dan ingin mengetahui lebih lanjut tentang T&C dan lain-lain boleh berhubung dengan kami melalui WhatsApp ataupun Telefon nombor dibawah;

Whatsapp:

http://EzcarSharing.wasap.my

Telefon:

+6012-7066679

Email:

equiry@ezcar.com.my

 

———————————————————————————————————————————————————————————————-

Jika anda berminat untuk menempah kereta melalui Car Sharing ini, boleh menekan gambar click here di bawah.

 

Untuk mereka yang ingin menyertai program Car Sharing bagi menambah pendapatan harian, boleh menekan gambar register di bawah